AKU TIDAK MENYEMBAH
Katakan (Muhammad s.a.w.): "Hai orang - orang kafir (merekayang beragama yang menyengutukan Allah, termasuk agama Hindu),
Aku tidak akan menyembah (masuk ke dalam rumah berhakla atau kuil dan meraikan berhala dan menyertai mereka yang menyebah berhala)apa yang kalian sembah,
Dan kalian tidak mahu menyembah (Allah) yang aku ssmbah,
Dan aku tidak beribadat secara kalian beribadat,
Dan kalian pula tidak mahu be4ibadat secara aku beribadat,
Bagi kalian agama kalian agama kalian, dan bagi aku agama aku (Islam)."
- Ak kafirun - orang - orang kafir):1 - 6
Nota.
Pada tahun 1946, Bertempat di Kelab Saadatul Islam, Kuala Kangsar, dalam satu majlis mengaji tafsir al Quran, pada satu malam Jumaat, seorang ahli sejarah, Allahyarham Wan Abdul Karim bin Wan Abdul Hamid (pengarang buku: Tawarikh Raja - rajadan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan), telah bertanya kepada Mufti Kerajaan Negeri Perak, Dato' Haji Ismail bin Hamzah, mengenai orang Islam menyertai orang kafir meraikan berhala, makan minum dalam rumah berhala dan memberi ucapan nasihat kepada orang - orang menyembah berhala. Jawab Mufti itu: Orang Islam lelaki dan perempuan yang menyembah berhala, masauk kedalam rumah berhala kerana meraikan bersama orang - orang menyembah berhakla, dan berucap atau memberi nasihat kepada orang - orang menyembah berhala, maka dia telah terhapus akidahnya dari seorang Islam dan menjadi orang kafir. Jika dia ada isteri atau suami, maka, dia tercerai dari isteri atau siaminya kerana dia bukan orang Islam lagi.
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'an, bahawa Rasul Allah, Muhammad sallallau alaihi wa sallam telah memaklumkan:
"Setelah Allah mencipa makhlukNya (manusia), ditulisNya satu tulisan untuk diriNya dan dietakkan di atas 'Arasy. Tulisan itu, ialah: 'Sesungguhnya kasihKu melebihi marahKu."
- Perawi: Imam Bukhari.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.