PENULIS TUA DAN PENULIS MUDA
Individu - individu penulis terdiri dari orang - orang yang tidak berdagang, berniaga atau penebit buku. Mereka menulis apa jua buiku, diterbitkan para penerbit dengan cara - cara yang ditentukan bersama.
Apabila Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengurniakan wang RM5 juta untuk membantu penulis - penulis muda untuk menerbitkan buku - buku karangan mereka melalu PENA dan Institut Terjemahan Negara, maka, penulis - penulis tua senyum dan senyum dalam gelap atau dalam cahaya muram.
"Kita banyak dan tulis buku, tapi tak dapat terbit, sebab kita bukan penerbita,"kata seorang penulis dari Pantai Timur.
"Nampaknya, kita ni tak adak sapa nak bantulaaa," katanya lagi.
"Tapi, saya menulis terus, walau tak ada siapa nak tolong ..., saya jadikan pesaka,"tambahnya.
"Agaknya lepas pilihanraya - ke 13 Najib umumkan pula peruntukan untuk terbit buku - buku penulis tua, "kata seorang penulis dari Utara.
"Nak harap Dewan Bahasa dan Pustaka dah tak boleh ...,"sungut penulis tua dari Perak.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.