Thursday, January 26, 2012

NAKSUD DARI AL QURAN

ISTERI DAN ANAK

Hai orang - orang yang beriman, sesungguhnya, ada di antara isteri - isteri dan anak - anak kalianyang menjadi musuh bagi kalian (disebabkan isteri dan anak, ada suami dan bapa yang tgerdorong melakukan kejahatan, maksiat, ke3zaliman dan lain); oleh yang itu berjaga - jagalah kalian terhadap mereka. Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahkan (mereka) serta mengamounkan kesalahan mereka (maka Allah yang berbuat demikian kepada kalian), kerana sesaungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Sesungguhnya, hartabenda kalian dan anak - anak kalian itu hanyalah menjadi ujian (agar Allah menegakkan yang benar dan menghapuskan yang salah (syirik dan kufur), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.
-al Anfal:8) - at Taghaabun:14,15.

Huraian.
Terdapat suami dan bapa yang terlalu mengikut kemahuan isteri dan anak, iaitu mendesak supaya suami dan bapa itu mengejar kemewahan hidup atau hidup dalam keadaan moden, maka suami dan bapa itu terpaksa melakukan segala macam kesalahan dalam agama Islam dan undang - undang, seperti melakukan rasuah, penipuan, perjudian dan berbagai lagi.
Kebanyakan orang Islam yang berkuasa, pegawai tinggi kerajaan dan swasta, menteri dan menterri besar, hatta sultan, perdana menteri dan peresiden terjerumus kepada kejahatan, sepertri rasuah, tidak beramanah kepada negara dan rakyat dan kezaliman adalah disebabkan isteri atau anak.
Peribahasa Melayu mengajar kita, iaitu: Sayangkan isteri tinggal - tinggalkan, sayangkan anak, pukul - pukulkan, maknanya, ketepikan segala hajat dan permintaan isteri dan anak - anak pada jalan yang tidak baik atau kejahatan ataupun ke arah melakukan dosa. - mokhtar petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.