MENTERI BESAR DAN PAS SELANGOR
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 'mempunyai kuasa' dan kuasa masing - masing berbeza, maka, lahirlah satu catatan baru dalamsejarah negeri tersebut yang naggota Exco yang diberi kuasa menjaga hal ehwal agama Islam tidak lagi orang PAS tetapi oleh PKR dan Menteri Besar sendiri.
PAS sebagai sebuah parti tidak didaftarkan sebagai jv atau usahasama dengan Pakatan Rakyat dan DAP, tidak boleh berungut akan perkara itu; kerana Sultan perkenan MB jaga hal ehwal Islam dan MB menerimanya, kerana dia orang Islam.
Mungkin Sultan dan MB khuatir, jika ehwal agama Islam diberi kepada orang PAS, ada kemungkinan, berulang kembali lalang tumbuh dalam ladang padi seperti yang dilakukanm oleh Dato' Dr. Hassan Ali.
Hassan Ali Ali, selain dari menyakitkan hati para pemimpin dan dan ahli - ahlinya dan meragukan Sultan dan Menteri Besar, dia telah menjadi seperti burung murai menderaikan bunyinya pada sarang burung enggang atau kenyakang pada batang kayu yang kukuh.
Menggunakan kesempatan ini, saya mengucap tahniah kepada Abdul Khalid Ibrahim dan kepada Dr Shafie Abu Bakar(Bangi) kerana dilantik Pengerusi Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang) kerana dilantik anggota Exco, Pengerusi Jawatanikuasa Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan.
----------------------
HASSAN ALI TIDAK WUJUD
Mursyidul 'am PAS dan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bahawa, beliau menganggap Dr. Hassan Ali yang akan melakukan penjelajahan ke selulur negara untuk mendedahkan ' apa yang dituduh ada dalam PAS', sebagao individu yang tidak wujud dalam PAS.
Perkata Nik Aziz itu menasabah dan patut disanjung uleh semua umat Islam, kerana Hassan Ali yang dipecat oleh PAS itu disebabkan kesalahannya sendiri dan bukan sebab orang lain.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., junjungan tidak menerrima Abdullah Ibnu Ubai duduk dalama mana - mana badan Islam, kerana Abdullah menjadi 'ulat koyak daun dalam Islam' dan begitu jugalah Hassan Ali, dia telah menajdi ulat koyak daun kepada PAS.
-------------------
KONTREKTOR MELAYU
Beberapa aorang kontrektor Melayu dalam kawasan Parlimen Tasik Gelugur menyhatakan dukacita, kerana ahli Parlimen kawasan tersebut, Dato' Mohd. Nor Yaacob lebih mengutama menolong para kontrektor golongan Mamak dalam kawasan terseut dari kontrektor Melayu.
"Kami susah nak jumpa dia, dahlah tak ada di sini, dia pula macam utamakan kontraktor dari golongan Mamak, dari kami,"kata seorang kontrektor Melayu kepada saya.
-------------------
TANAH PERTANIAN
Satu kawasan tanah beratus ekar milik Jabatan Pertanian Selangor yang terletak berhampiran lebuh raya Jalan Tun Razak Kuala Lumur - Putrajaya, dikatakan, digunakan oleh peladang Cina - menanam kelapa sawit - dengancara yang sukar diketahui, sama ada disewa, diberi kebenaran sulit oleh pihak Jabatan Pertanian atau diterika secara haram.
Tanah tersebut tidak dapat gunakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tujuan pertanian .
Beberpa penduduk sekitar meminta SPRM campuar tangan dan menyiasa perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.