MELANCONG DI MUKA BUMI
Apakah mereka tidak melancong - berjalan - atasamuka bumi ini, dan memerhatikan bagaimana kesudahan - hidup - orang - orang yang sebelum mereka? Mereka itu (orang - orang zaman silam) lebih kuat dari mereka ini (sekarang); mereka itu (orang - orang zaman silam) mengejakan (berusaha) tanah dan mengadakan pembangunan (seperti membina mahligai dan bangunan - bangunan lain termasuk ampangan), melebihi pembangunan yang yang diadakan oleh mereka ini (sekarang); kepada mereka datang juga Rasul - rasul Allah dengan (membawa) ketgerangan yang jelas, (tetapi) mereka itu menolak atau menentang). Allah tidak hendak menganiaya mereka, malah, mereka itulah yang menganiayakan diri mereka sendiri.
Kemudian itu akibat orang - orang yang mengejakan kejahatan itu adalah (balasannya) kejahatan juga, kerana mereka mendustakan keterangan - keterangan Allah dan mereka sentiasa memperolok -olokkannya.
- Ar Rum:9,10.
Nota.
Berjalan adalah makna dari kata siru dalam ayat di atas, saya ertikan dengan kata melancong (dan boleh juga sesiapa yang hendak memaknakan dengan merantau, menyelidik dan lain).
Orang - orang pada zaman silam, walaupun orang sekarang menganggap mereka itu kuno, iaitu tidak kemajuan seperti sekarang, tetapi mereka berjaya membangun dan membina segala macam bangunan, termasuk ampangan di Ma'rij, Yaman. Mereka itu tidak mahu mengiku para Rasul Allah dan segala keterangan yang diberi oleh para Rasul Allah dan dalam kitab - kita suci Allah, seperti Taurat, Zabur, Injil dan mashaf - masham,maka nereka oleh telah ditimpakan bala oleh Allah, seperti banjir besar, gempa bumi dan lain.
Pada masa ini pun kebanyakan orang Islam di dunia dan di negara kita mengingkari keterangan - keterangan dalam al Quran dan Hadis - hadis Nabi Muhamma, maka, kita mendapati pada masa ini, rakyat negara ini telah menjadui miskin, sentiasa berharapkan bantuan kerajaan dalam semua segi.
Wang kerajaan menjadi binasa begitu sahaja, perniagnaan yang besar dan pada awalnya terpampang di langit zaman, akhirnya jatuh merudum.
Allah akan membinasakan umat Islam dan manusia di Tanah Melayu ini pada masa akan datang di sebabkan:
1 - Tidak mengikut atau menolak hukum hakam Allah dalam al Quran.
2 - Negara kita masih bersifat nasionalis dan kapitalis, tetapi ada ulama yang mementingkan diri, mengumumkan negara ini adalah Negara Islam.
3 - Amalan riba dan mengelabukan mata umum wang hasil riba dijadikan wang Islam.
4- Amalan dan menggunakan wang zakat yang tidak betul.
5 - Amalan rasuah, dan perkara - perkara lain yang bertentangan dengan Islam.
- mokhtar petah.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.