Monday, November 7, 2011

MAKSUD DARI AL QURAN


KAUM YANG BERDOSA

Kalau manusia ditimpa bahaya, dia mendoa kepada Kami, pada waktu berbaring, pada waktu dudukatau pada waktu berdiri. Tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia berjalan seolah - olah tidak pernah mendoa kepada Kami atas bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang yang melampaui batasan itu memandang baik apa yang mereka telah lakukan.

  1. Dan sesungguhnya, Kami telah membinasakan beberapa turunan - negeri dan kawasan manusia - sebelum kalian, pada ketika mereka berlaku aniaya (melanggar hokum dan perintah Allah). Dan - pada ketika - datang kepada mereka Rasul - rasul (utusan - utusan Allah) untuk mereka dengan alas an - alas an yang terang, tetapi mereka tidak mahu mempercayainya. Begitulah Kami memberikan balsan kepada kaum yang berdosa.
  2. Kemudian setelah mereka itu, Kami jadikan kalian menggantikan mereka di muka bumi ini agar Kami dapat memerhatikan bagaimana kalian melakasakan (tanggungjawab).
  3. - Yunus:12 - 14.
  4. Nota:
  5. Semenjak zaman lampau, iaitu seteoah umat manusia menyedari mereka berkuasa dan boleh bertindak apa sahaja, hitta melanggar hokum dan printgah Allah, mereka telah ditimpakan Allah dengan beberapa bahaya, mala petaka dan kebinasayaan.
  6. Kaum - kaum yang derhaka itu dijatuhkan Allah dan digantikan dengan kaum atau bangsa lain yang mentaati Allah.
  7. Kita orang Melayu dan Islam Malausia diberi kuasa oleh Allah untuk memerintah negara ini dan menjalankan kebaikan dan kemakmuran, tetapi, kita khuatir, kalau dengan kuasa memerintah dan menikmati kaikan dan kemakmuran, kita menolah hokum Allah, tidak berminat untuk mengikut suruhan Allah dan menolak Islam sebagai dasar negara, pada satu masa terdekat nanti, kita akan dibiasakan Allah digantikan dengan kaum lain untuk menjalankan kuasa. - mokhtar petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.