Monday, November 7, 2011

BERITA LEWAT


RASUAH DI INDONESIA

Pada hari Raya Aidil Adha, Ahad, saya telah sembahyang sunat raya di Masjid Putra, Putrajaya. Duduk di sebelah saya seorang lelaki yang saya kira berpengetahuan Islam tinggi, datang dari Jokjakarta.

Dia bercakap sejenak dengan saya, ”katanya, di negara saya kiniterlalu banyak amalan korapsi dalam semua jabatan pemerinta ...., rakya tmenderita.”

Mendengar perkataannya, saya senyum senyum. Lalu saya teringat akan kata - kata seorang ulama di Aceh, pada beberapa tahun lalu, katanya, ” Republik Indonesaia mungkin akan kucar kacir dan pemerintahnya tidak dapat aman, kerana amalan korapsi terlalau banyak.”

Sebelum sembahyang raya, saya teringat akan kata - kata seorang ulama tua di negara ini, ”Kerajaan Melayu di sini akan mulai merosot, mungkin jatuh, dan Allah gantikan dengan kerajaan pimpinan orang lain, kerana sebilangan pegawai dan kaki tangan kerajaan amalkan rasuah.”

”Makan suap atau rasuah ini tidak sahaja pegawai kerajaan dan lain melakukannya, tetapi perdana menteri dan para menteri, bila menghadapai pilihan raya menjajikan kepada orang ramai akan membina jalan, membantu kehidupan merka dan sebagainya dengan tujuan untuk menang, itupun rasuah juga,”jelasanya.

Saya yang tidak arif akan hukum hakam agama Islam, tidak berkata apa - apa. Hanya senyum.

*** ***


BANGUNAN KEDAI DAN SURAU

Pada hari raya,Seisi suaru di Parsint 8, bercakap dan ada yang mengeluh, kerana pada masa menghadapi pilihan raya kira - kira sepuluh tahun lalu, pihak kerajaan dan JAKIM telah mengumumkan akan membina kompleks suaru bertaraf masjid di atas kawasan di Persint 8. Kompleks itu lengkap dengan sekolah agama Islam dan boleh memuat lebih 600 orang jemaaah.

Mereka terkajut, kawasan itu sedang di pagar akan dijadikan kawasan komersial, iaigtu akan dibina beberapa buah bangunan kedai czn surau hanya akan dibeina atas akawasan kira - kira suku ekar sahaja.

*** ***


PENDUDUK KAMPUNG BARU

Sebilangan penduduk Kampung Baru dalam Bandaraya Kuala Lumpur berhari raya dalam dilema, kerana mereka tidak setuju dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan kawasan kampung itu kawasan komersial.

”Kami tak mahu tanda tangan tanah milik kami, kami tak setuju,” kata seorang pewaris tanah di sana.

”Kami takut Kampung Baru akan jadi macam kawasan Perang Besar - Putrajaya - , dulu kami dapat tahun dibeina oleh kerajaan Malaysia, tetapi sekarang semua kawasan itu termasuk bangunan perdana menteri dan kementerian menjadi milik sebuah syarikat besar,”katanya.

*** ***

MEMBURUKKAN PERDANA MENTERI

Saya hairan dan sedih negapalah para wartawan di Australia memburuk - burukkan Perdana Menteri, Najib Razak dengan menyiarkan isteri dan anak perempuan beliau berbelanja besar - besaran di sana.

Lama dulu para wartawan di Amereka Syairkat telah menyiarkan berita tentang Raja Arab Saudi dan isterinya berbelanja besar di sana dan untuk membawa balik barang - barang yang mereka telah beli itu terpaksa menyewa sebuah kapal terbang khas.

DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS

Di tempat menyembeleh lembu korban di Putrajaya, ramai para pegawai kerajaan bercakap dalam nada sedih, kerana mereka didera sakit darah tinggi dan kencing manis.

”Kami ni bukan apa, kerja banyak, kurang rehat, makan minum tak jaga ..., tak senam...,” kata seorang pegawai berusia 52 tahun usianya.

*** ****


PERPADUAN UMNO - PAS

Dalam Masjid Putrajaya, seorang ahli jemaah yang telah tua, orang alim dan warak memberitahu saya, bahawa di telah berdoa dalam masjis tersebut lepasa sembahyang raya. Dia bertanya kepada saya, ”Saya doa kerana apa?”

Saya geleng kepala.

”Saya berdoa agar UMNO dengan PAS dapat bekerjasama pada masa akan datang, kerana saya yakin kalau tidak ada kerjasama, UMNO akan kecuandang dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

”Hanya dengan perpaduan ummah (umat Islam) Malaysia akan ada perpaduan sejati, jangan aharapkan 1 Malaysia, tidak capai kejayaan, Najib akan jadi macam Dr Mahathir, gagal satukan umat Islam,” tambahnya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.