Thursday, November 10, 2011



BERITA LEWAT

GAJI: UTAMAKAN RAKYAT
Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, dijulang sebagai menteri pertama di Malaysia akan melaksanakan gaji - gross incom - menimum RM1.500 kepada kaki tangan kerajaan negeri dengan memulakan ke atas kaki tangan syarikat - syarikat milik kerajaan tersebut.
Orang ramai memuji Khalid kerana mengutamakan rakyat.

***    ***

MURTAD
Mufti Kerajaan Pahang, Datuk Abdul Rahman telah mengeluarkan fatwa, iaitu sesiapa dari umat Islam yang mengikut dan melakukan amalan berlawanan dengan hukum Islam, seperti seksual dan sebagainya akan menjadi orang murtad.
Menurutnya, sesiapa juga yang melawan atau tidak mengiiut hukum Allah akan jadi murtad.

***   ***

DOA DILUAR MASJID
“Ya Allah, murahkan rezeki yang halal kepada umat Islam, jdikan depa hambaMu yang soleh ...,” suara seorang lelaki Melayu, berusia lebih 40 - an, berketayap dan berbaju labuh, dalam kawasan nasi kandar dekan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang.
Dia sedang berdoa, lebih 30 orang sdang mengunyak dan menelan nasi kandar di atas - atas bangku dalam kawasan tersebut.
Setelah diberi sedikit wang kepada lelaki itu, dia berdoa: “Jazakallah ..., khair.” Allah balaskan ... kebaikan”.
Lelaki berdia itu antara lebih 10 orang yang dianggap pengemis, gila atau sasau dalam kawasan tersebut.
*Saya harap Ketua Menteri Pulau Pinag, Lim Guan Eng cuba datang ke sana pada tengah malam dan bertemu dengan lelaki tersebut. - mp.

***       ***

CALON BARISAN NASIONAL
Kebanyakan ahli UMNO kawasan Parlimen Kepala Batas, tidak mahu bekas Setiausaha Poloitik Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dato Rizal Marecan, dicalon sebagai calon UMNO - Barisan Nasional bagi kawasan tersebut pada pilihan raya ke - 13.
Beliau, di katakan berminat untuk menjadi calon di sana menggantikam Abdullah Ahmad Badawi yang tidak akan bertanding lagi.
Beberapa orang dsari kalangan UMNO  berkata, kalau Rezal Marecan menjadi calon BN, nescaya calon PAS akan menang dan mereka berharap pucuk pimpinan UMNO dapat mengkaji sebelum kecundang.

***          ***

UNDANG - UNDANG HUDUD
Rancangan kerajaan PAS Kelantan akan mengdaulatkan undang - undang hudud di negeri itu akan mencapai kejayaan dan Kerajaan Pusat tidak boleh menghalangnya,kerana undng - undang tersebut di bawah kuasa Sultan.
Seorang dari ulama di Pulau Pinang yang tidaik mahu namanya disiarkan, berkata, “ Undang - undang hudud dalam agama Islam dan agama Islam di bawah kuasa Raja negeri, Kerajaan Puusat tak ada hak menghalangnya,”katamya.
“Salah silap dlakukan oleh UMNO pada tahun 1951, mereka telah mendesak Kerajaan Inggeris memasukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, bahawa Raja Melayu menajdi ketua agama Islam di negeri masing - masing,” tambahnya.




No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.