SOKONG KERAJAAN
[Abdullah Badawi meletakkan jawatan Perdana Menteri
Malaysia kerana sebab - sebab berikut ini: 1 -
Kerana hendak memindahkan jawatan itu kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak,
2 - Kerana cemuhan dan desakan para politikus dalam UMNO yang bernaung di bawah
Tun Dari Mahagthir Mohamad, 2 - Kerana golongan koporat Melayu yang banyak
mendapat habuan (seperti tender dan runding terus) projek mega kerajaan pada
masa PM Dr Mahathir Mohamad tetapi tidak dapat pada masa PM Abdullah Badawi, 3
- Kerana ada sebilangan dalam UMNO menentang usaha Abdullah Badawi untuk membentuk
kerjasama antara UMNO dengan PAS.]
Abdullah
Badawi berpegang kepada falsafah
perjuangannya yang tidak bersifat
diktator atau menekan orang-orang bawahannya, berkata, bahawa ‘kekuatan
parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan menyokong parti’.
Perdana Menteri ketika bercakap
kepada para wartawan di Havana, Cuba, beliau ada cara dan pendekatan sendiri
dalam memikul tugas menerajui pentadbiran negara dan beliau tidak hilang
kawalan sebagai pemimpin.
Tegas Abdullah Badawi, bahawa beliau komited, tegas dan serius membawa perubahan ke arah kebaikan negara dan
rakyat, tetapi beliau tidak tergesa-gesa dalam tindakannya.
“Saya tidak tergesa-gesa, semua yang
saya hendak buat saya sentiasa merujuk kepada Jemaah Menteri dan Majlis Tertinggi
UMNO,’tegasnya.
“Ia cara saya melakukan sesuatu
(untuk negara dan rakyat), semua orang ada cara sendiri melakukan sesuatu,
tetapi matlamat saya sentiasa di depan dan tidak berubah,”tegasnya lagi.
“...Cuma saya ada cara saya, cara sayalah...,”tambah
beliau.
Sambil menekankan beliau sedia
menerima kritik membina dari siapa sahaja, walaupun dari pihak parti
pembangkang, beliau berkata “Saya lebih suka
lambat sedikit..., lambat sedikit tak apalah asalkan kita halusi (teliti)
segala yang berhubung kait dengan sesuatu kerja yang hendak kita jalankan itu.”
“Tapi ramai orang taka faham, mereka kata Pak
Lah hilang kawalan, tapi
saya tak
hilang kawalan, saya ada cara saya sendiri,”kata beliau lagi.
Di samping menolak tohmahan pihak-pihak tertentu yang beliau
telah kehilangan sokongan politik untuk melaksanakan pembaharuan, jelasnya,
beliau masih mendapat sokongan yang baik, semua keputusan Kebinet atau Jemaah
Menteri menyokong dengan baik seperti
yang diharapkan.
Abdullah Badawi tidak menghadapi
sebarang masalah sama ada
dalam UMNO
mahupun dalam Barisan Nasional
Beliau memberitahu, bahawa beliau mengamalkan pentadbiran terbuka dengan menubuhkan banyak jawatankuasa untuk memberi
peluang kepada semua pihak memainkan peranan dan memberi pandangan termasuk
membuat kritikan membina.
Beliau memberitahu lagi,
langkah yang beliau lakukan itu adalah cara Parlimen sebenar dan itulah perubahan
yang beliau lakukan bagi membolehkan mereka mengkritik kerajaan tetapi, menurutnya, keritik
itu biarlah dengan cara membina bukannya untuk mewujudkan kontroversi.
Menurut Abdullah Badawi semua
perkembangan yang berlaku dalam
kabinet
beliau laporkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dibincangkan dan
diberi
pandangan.
“Kerajaan sentiasa berpegang kepada
pendapat, iaitu kekuatan parti menyokong kerajaan dan kekuatan kerajaan
menyokong parti. Kedua-duanya amat diperlukan dan mesti dikelolakan,” Ujar
Abdullah Badawi.
Beliau membuat menjelaskan demikian setelah, seorang tokoh UMNO
Kelantan, Datuk Zahid Ibrahim, ahli Dewan Rakyat kawasan Kota Baharu mendakwa
yang Perdana Menteri tidak membawa perubahan yang dijanjikan semenjak memegang
jawatan tiga tahun lalu.
‘Kuala Lumpur: Datuk seri Najib Razak berkata,
sokongan mantap berterusan segenap
lapisan pemimpin dan masyarakat kepada
Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi membuktikan Perdana Menteri
tidak pernah hilang kawalan terhadap kepimpinan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Abdullah adalah ketua kerajaan yang mendapat mandat dalam
pilihan raya lalu dan terus mendapat sokongan Ahli Parlimen sebagai Perdana
Menteri serta Presiden UMNO.
“Jadi tak
timbul soal Perdana Menteri hilang kawalan terhadap pemerintahan dan
pentadbiran negara. Orang ramai perlu faham bahawa setiap Perdana Menteri
mempunyai cara kepimpinan masing-masing.
“Yang
penting, setiap ketua kerajaan mesti mendapat sokongan berterusan yang
membolehkan membuat keputusan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara,”
katanya selepas majlis perasmian Projek Perumahan Keluarga Angkatan Tentera di
Pangkalan Udara Subang, di sini, semalam.
Naib berkata
demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri kelmarin, bahawa
beliau mempunyai cara kepimpinan tersendiri dan tidak pernah hilang kawalan
sebagai pemimpin, seperti didakwa sesetengah pihak.
Mengulas
kenyataan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa Perdana
Menteri tidak membawa perubahan dijanjikan
sejak memegang jawatan tiga tahun lalu, Naib yang juga Ketua Whip
Parlimen menjelaskan, kerajaan tidak akan mengambil tindakan terhadap Zaid,
asalkan beliau tidak melakukan sesuatu yang menyalahi peraturan Parlimen dan
Whip.
Najib
berkata Zaid bebas bersuara dan kerajaan mengambil kira apa yang disuarakan
kerana Perdana Menteri sendiri mengharapkan Ahli Parlimen berperanan lebih
berkesan supaya orong ramai tidak bergantung kepada pembangkang untuk
menyuarakan hasrat mereka’[1]
Kalangan UMNO dan di luar parti pendukung kerajaan
itu, menyifatkan langkah Zaid Ibrahim itu tidak sesuai dengan disiplin UMNO
atau mana-mana organisasi politik dan
kebajikan. Menurut mereka, sebagai Ahli Dewan Rakyat, Zaid Ibrahim Ibrahim
boleh menemui Abdullah Badawi dan mngemukakan masalah
yang beliau
kritik dan bukannya dengan membuat kenyataan terbuka.
Pemimpin Persatuan Penulis dan
aktif masyarakat di Perak, Encik Osman Bakar menyifatkan langkah Zaid Ibrahim
itu senada dan sejalan dengan Dr. Mahathir Mohamad yang sedang memburuk-buruk
Abdullah Badawi di dalam negara dan di beberapa negara di dunia.
“Saya nampak langkah dan suara Zaid
Ibrahim sama dengan Dato’ Ibrahim Ali yang kini menjadi ‘orang kuat’ Dr.
Mahathir Mohamad,”katanya.
“Yang baiknya, Zaid Ibrahim sendiri menemui Abdullah Badawi dan Dato’
Najib, beritahu mereka apa yang menjadi masalah, bertukar-tukar fikiran, tetapi
bukanlah dengan menabur cerita ke seluruh dunia,”tambahnya.
Ahli perniagaan dari Kelantan,
Encik Abdul Rahman Nor menyatakan kesalnya terhadap Zaid Ibrahim kerana
kenyataannya itu bersifat
provokasi terhadap ketuanya sendiri.
“Zaid Ibrahim bukan ahli politik
yang matang, dia berada dalam UMNO seperti duri dalam daging sahaja,”katanya.
“Apa salah dia meluahkan isi hatinya
kepada Datuk Abdullah Badawi secara empat biji mata atau menulis surat
kepadanya, tetapi bukan dengan cara cari publisiti murahan,”tambahnya.
Ramai pemerhati politik
berpendapat, bahawa sikap dan kata-kata Zaid Ibrahim itu telah menjadi seperti
‘setitik racun’ yang tertitik dalam usus manusia atau haiwan. Demikian
bahayanya kepada UMNO Malaysia. Untuk menyelamatkan UMNO dan perpaduan semua
ahlinya, beliau patut diketepikan dari parti yang sedang memimpin kerajaan itu.
Kejadian ‘calsh’ antara Tunku Abdul Rahman dengan
Dr. Mahathir
Mohamad dapat menjadi pengajaran kepada
setiap orang yang sayangkan parti politiknya dan setia kepada pemimpinnya. ‘clash’ itu kerana surat Dr. Mahathir
Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman telah menjadi ‘surat layang’ yang menyebarkan
kritikan Dr. Mahathir Mohamad kepada Tunku Abdul Rahman.
Mengapa jadi begitu? Kesilapan ada
pada Dr. Mahathir Mohamad. Beliau tidak mengemukakan surat itu kepada Tunku
Abdul Rahman secara ‘dari tangan ke tangan’ atau berbincang secara empat biji
mata. Surat itu telah dikirimkan oleh Dr. Mahathir Mohamad ke pejabat Tunku
Abdul Rahman.
Di mana-mana pejabat pemimpin negara – raja, presiden dan
perdana menteri di seluruh dunia terdapat pegawai yang ‘berperangai
kepinding atau pijat-pijat’ atau pun ‘ tidak beramanah’ kepada tuan mereka
asalan mereka mendapat faedah.
Sebaik-baik sahaja surat Dr.
Mahathir Mohamad itu sampai di pejabat Tunku Abdul Rahman, seorang pegawai
bukan Melayu, telah membuka sampul surat itu dan diserahkan kepada orang lain
untuk di buat salinan (cyclostyle)
dibuat salinan. Kemudian surat itu diedarkan sebagai ‘surat layang’ ke merata
tempat dan dibaca oleh ramai orang.[2]
Sama ada percaya atau tidak, tetapi
perkara ini wujud, iaitu ada orang-orang tertentu, sama orang luar mahu orang
dalam parti-parti bersama Barisan Nasional yang berperasaan
cemburu, iri hati atau memang berperangai ‘ulat koyak daun’, sedang berusaha memecahkan
ikatan atau kerjasama jujur Najib Tun Razak dengan Abdullah Badawi.
Perpecahan itu nanti akan
mengakibatkan perpecahan dalam UMNO. Dari cawangan-cawangan, meningkat ke
bahagian-bahagian dan akhirnya kepada UMNO Malaysia. Kemudian dari perpecahan
atau keruntuhan UMNO itu yang ibarat ‘kapal pecah’, maka ‘yu yang kenyang’.
Kerana kita orang Melayu dari
dalam rumpun Nusantara,
maka dalam apa jua keadaan, sama ada orang-orang Najib Tun Razak mahu pun
orang-orang Abdullah Badawi (tetapi Abdullah Badawi pernah berkata dia tidak
ada gang), elok benarlah menghayati puisi adat-undang-undang orang Melayu ini:
Berat sama dipikul
Ringan sama dijinjing
Sama sakit sama
senang
Ke bukit sama di
daki
Ke lurah sama
dituruni
Bulat air kerana
pembetung
Bulat man usia
kerana muafakat
Faham sesuai
benar seekor
Bulat bergolek
pipis melayang
Rundingan jangan
selisih
Muafakat jangan bercanggah
Tuah pada sekata
Berani pada
seia.
Jika mendapat
sama berlaba
Kehilangan sama
berugi
Hati gajah sama dilapah
Hati kuman sama
dicecah
Seikat seperti sirih
Serumpun seperti
serai
Melompat
sama patah
Menyerudup sama
bongok
Jalan sedundun
Selengang
seayun.
Andainya,falsafah
orang Melayu di atas ini tidak diamalkan oleh mereka yang bergiat dalam
masyarakat, massa dan negara, lambat laun akan tiba kepada keadaan tidak
selamat. Berlaku perpecahan dan akhirnya yang wujud kehancuran. Apabila
kehancuran telah berlaku, maka pada waktu itu yang hadir kepada kita, hanyalah
penyesalan, ‘ sesal tak berguna’ dan ‘ nasi telah menjadi bubur’. Bukan salah
ibu mengandung, tetapi dik salah ragam sendiri.
‘Pekikan
gegak gempita menyokong si-anu si – anu tertentu bukan misi veteran. Itu adalah
bidang yang terkandung dalam sistem demokrasi yang mesti ditentukan oleh ahli
parti, bukan oleh penasihat walaupun penasihat boleh menzahirkan pandangannya
mengenai isu kepimpinan. Veteran mesti menyampaikan sukatan pidatonya yang
mengandungi unsur-unsur mengharmonikan parti dan bangsa; mencari formula supaya
agenda Melayu tidak dilupai; mencari jalan supaya anggota UMNO kembali kepada
perjuangan pokok orang Melayu;atau berusaha membawa kefahaman dan perpaduan di
samping mempertahankan diri dan keluarga semasa kegawatan ekonomi yang mencabar
ini.
Penting bagi veteran menerima
tajuk permasalahan ekonomi yang hendak dihuraikan secara terperinci benda yang
hendak dicakapkan kepada kumpulan-kumpulan sasar melalui kaedah yang mudah
diamalkan agar agenda parti tidak risak. Tetapi harus pula diakui bahawa tidak
semua veteran itu pandai berceramah atau menyampaikan penerangan secara yang
menarik. Ini tidak menjadi masalah. Golongan ini boleh menjadi pemangkin dalam
lain-lain bidang yang berupaya meredakan keadaan. Bukankah nenek moyang kita dahulu
sering beribarat bila menentukan peranan anggota masyarakat?:
Yang cerdik tempat bertanya,
Yang
kaya tempat meminjam,
Yang buta
menghembus lesung,
Yang
patah menghalau ayam,
Yang
pekak membakar meriam.
Tentunya orang Melayu belum begitu angkuh atau
alpa untuk menerima dahan memakai kebijaksanaan ungkapan lama itu. Tambahan
pula para veteran, sebagai orang lama, harus cuba membawa nilai-nilai murni dan
budaya bangsa Melayu yang kini sudah banyak tenggelam akibat jelapang hidup
moden.’[3]
- Mokhtar Ptah
[1] Abdul Halim Yusoff, Mohd.Roji Abdullah dan
Sazariah Shahrin, Berita Harian (2), 19 Septgember
2006.
[2] Diberitah kepada pengarang buku ini oleh
Allahyarham Datuk Senu Abdul Rahman, Haji Sulaiman
Palestin dan Datuk Abdul Aziz bin Ahmad
penerbit buku-buku di Kuala Lumpur.
[3] Rais Yatim, Zaman Beredsar Pesaka Bergilir,
Kuala Lumpur, Endowment Publication, 1999, hln.273.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.