KEPALA BATAS
‘Dagang lalu ditanakkan, kera di hutan disusui,anak mati kelaparan dalam buaian’.Pada zaman silam, Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai dan Pulau Pinang amnya termasuk dalam negeri Kedah. Dalam sejarah Negeri Kedah dan Semenanjung Tanah Melayu tidak ada catatan atau termaktub nama awal kawasan bertuah, Kepala Batas. Hanya dari cerita mulut orang-orang tua, bahawa nama asal kawasan ini ialah Permatang Bertam . Pada zaman silam, kawasan ini di bahagian sempadan dengan Padang Serai hingga bersempadan dengan Sungai Muda adalah hutan rimba yang penuh dengan pokok-pokok bertam.Sejak zaman berzaman di Seberang Perai tidak banyak tempat dinamakan ‘kampung’ atau ‘desa’. Paling banyak dinamakan ‘permatang’. Walaupun permatang tidak ada keterangan dalam kamus Melayu, tetapi dari cerita mulut orang tua-tua; bahawa permatang adalah tempat tinggal penduduk-penduduk yang terdiri dari kaum tani dan terletak di tepi atau di tengah sawah padi. Pada sebelah petang pemandangannya indah lagi permai. Permatang adalah ketungan dari dua kata asal, iaitu ‘permai petang’. Suku kata awal permatang, iaitu ‘perma’ dan suka kata akhir petang, iaitu ‘tang’ dicantumkan - perma + tang - , maka jadilah ‘permatang’.PEMIMPIN ORANG MELAYUDi kawasan sekitar daerah atau kawasan Dewan Rakyat Kepala Batas, terdapat banyak tempat bergelar permatang atau matang. Di antara tempat-tempat itu: Permatang Sungai Dua, Permatang Sintuk dan Permatang Janggus.Nama Kepala Batas (pangkal jalan raya) didaftarkan oleh Kerajaan Negeri Seberang Perai, setelah jalan raya batu berturap minyak tar dibina menyambungkan Bukit Mertajam dengan sempadan negeri Kedah, iaitu Bumbung Lima. Jalan raya itu berkepalakan pada jalan (batas) melintang – jalan (batas) ke Butterworth dan Estate Bertam yang terletak dalam bandar kecil yang dinamakan Kepala Batas. Pada zaman silam, negeri Kedah meliputi negeri Perlis, Seberang Perai dan pulau-pulaunya termasuk Pulau Langkawi dan Pulau Pinang. Pada zaman itu, negeri Kedah dipimpin oleh dua orang ketua atau pemimpin orang Melayu, iaitu Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa. Mereka itu dikatakan gagah dan berani serta bijak. Mereka tidak tahu menulis dan membaca tulisan Rumi tetapi mahir dengan tulisan Jawi yang berdasarkan tulisan Arab dalam Quran. TETANGGA ORANG MELAYURamai orang Siam, Burma, Cina dan India telah berhijrah ke negeri Kedah. Mereka menjadi pendatang tanpa izin. Kerana baik budi orang Melayu – dagang lalu ditanakkan atau kera di hutan disusui, anak mati kelaparan dalam buaian, maka pendatang-pendatang itu telah diterima menjadi jiran tetangga orang Melayu di sana.Pada zaman silam juga negeri Kedah di sebut ‘Qilha’. Dalam bahasa Sanskrit ‘Kataha’. Orang India menyebut ‘Kadaram’ atau ‘Kidaram’, orang Cina menyebut ‘Kie-te’a’ atau ‘Cieh-c’a’ dan orang Arab menyebut Qedah atau Qadhun (mangkuk kayu).Negeri Kedah ada empat daerah, iaitu Kuala Qilha (Kuala Sungai Merbuk), Kuala Bahang atau Mahang (Kuala Kedah sekarang), Kuala Merpah (Pulau Panjang dekat Perlis), Kuala Bara (kawasan dekat Negeri Perlis sekarang). Ada sebuah daerah atau negeri yang dinamakan Seberang (seberang Sungai Muda) terletak dalam negeri Qilha, iaitu Seberang Perai yang meliputi Kepala Batas.MENJADI RAJA PEMERINTAHKira-kira pada tahun 630 (M), seorang Raja dari negeri Gumarun, Parsi (Iran), iaitu Maharaja Derbar Raja I, adalah nenek moyang kepada raja-raja negeri Kedah. Raja tersebut telah dikalahkan dalam satu peperangan oleh Raja Parsi. Dia telah melarikan diri dari Parsi ke Sri Lanka. Maha Derbar Raja tidak lama tinggal di Sri Lanka. Dia dan rombongannya telah merantau dan akhirnya sampai ke Kuala Sungai Qilah, iaitu di negeri Kedah sekarang. Setelah tiba di sana, Maharaja Derbar Raja I masuk ke negeri Kedah dan bertemu dengan dua orang ketua orang Melayu, iaitu Tun Perkasa dan Tun Derma Dewa.Menurut sejarah, kerana Maharaja Derbar Raja I seorang yang baik budi dan pekertinya, maka oleh Tun Derma Dewa dan Tun Perkasa telah melantiknya menjadi raja pemerintah yang awal di negeri Kedah.HULU NEGERI KEDAHSetelah berkuasa sebagai seorang raja di negeri Kedah. Pada tahun 634, Baginda telah memerintahkan pihak kerajaannya supaya membina sebuah ibu negeri bagi kerajaannya di hulu negeri Kedah, iaitu dalam kawasan Sik sekarang.Orang Melayu Kedah amnya dan Kepala Batas khasnya, seperti orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu juga, iaitu baik hati dan berbudi bahasa. Mereka menerima kedatangan pendatang-pendatang asing seperti orang Parsi (Iran), Cina, India, Siam dan Arab dengan hati yang ikhlas dan terbuka.Mereka menghormati tetamu atau pendatang asing. Dalam hati mereka tidak menaruh perasaan curiga kepada pendatang-pendatang itu. Mereka memandang semua manusia yang datang ke negeri mereka itu baik belaka. Mereka telah melayan pendatang atau tetamu mereka lebih dari melayan anak-anak mereka sendiri. Dengan demikian, lahirlah peribahasa: Dagang lalu ditanakkan. Kera di hutan disusui. Anak mati kelaparan dalam buaian.Tetapi malang bagi orang Melayu, kebanyakan pendatang yang mereka raikan dan mencurah budi itu tidak membalas budi mereka. Sebaliknya, budi mereka dibalas dengan tuba. Kebanyakan pendatang itu menggunakan mereka sebagai batu loncatan untuk naik ke atas atau mendapat peluang mengaut keuntungan atau kemewahan.MEMBOLOT HARTA MEREKASebagai contoh, sekitar tahun 1930-an orang Melayu, terutamanya di Pulau Pinang dan Seberang Prai termasuk Kepala Batas terperangkap dalam golongan pendatang yang mereka rai dan hormati, sehingga tanah milik mereka terjual atau tergadai.Pada mulanya pendatang yang mereka memberi pertolongan itu menjadi kawan rapat mereka, tetapi akhirnya pendatang itu membolot harta mereka dan memusuhi mereka. Kemudian, negeri Kedah dan jajahan takluknya termasuk Kepala Batas seperti negeri-negeri di seluruh Tanah Melayu telah menyusuri denai dan jalan duka selama berabad-abad lamanya, dijajah oleh Kerajaan Siam, Kerajaan Inggeris, Kerajaan Jepun dan Kerajaan Inggeris kali yang kedua hingga tahun-tahun sebelum 31 Ogos 1957.Selama 71 tahun di bawah penjajahan Inggeris, orang Melayu telah dipaksa secara halus, dididik dengan pelajaran dan budaya yang mengikut acuan penjajah. Mereka menjadi manusia yang tidak terdaya dan hidup dengan duka lara atas muka bumi mereka sendiri.TERUS MENJADI HAMBAAkibatnya, di mana-mana tanah milik orang Melayu terlepas ke tangan orang lain. Semangat orang Melayu menjadi seperti pelanduk terjerat dalam hujan. Sekali merenung diri terasa sebagai tuan, tetapi bila dinilai diri hujung rambut hingga ke hujung kaki, nyata diri tidak lebih dari seorang hamba cuma.Sesungguhnya manusia di bawah kekuasaan Allah. Allah tidak membiarkan hamba-hamba-Nya terus menjadi hamba dan dihina oleh manusia lain. Allah telah mengurniakan kepada penduduk-penduduk Kepala Batas khasnya dan seluruh tanah air, amnya dengan kesedaran, iaitu kesedaran melalui kefahaman dari Quran dan Hadis oleh para ulama pada masa silam.Di Kepala Batas dipancarkan oleh Allah dengan petunjuk dari ajaran Quran dan Hadis oleh seorang ulama yang hingga pada masa ini namanya masih dikenang, Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim.PEMANGKU KETUA MENTERIPutra Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi (Datuk) , salah seorang ulasma terkenal -, bekasa Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sebelum meninggal dunia, ahli Esco Kerajaan Pulau Pinang dan Pemangku Ketusa Menteri Pulau Pinang.Putra Dato Haji Ahmad Badawi, ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas pegawati tinggi kerajaan, Setusaha MAGERAN dan Perdana Menteri Malaysi dan kini masih ahli Dewan Rakyat kawasan Kepala Batas.Dijangkakan. Pada pilihan raya ke 13, jika BN dan Najib salah pilih calon menggantikan Tun Abdullah Badawi, maka, kawasan Parlimen itu ,Kepala Batas – dalaam negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat - DAP, Parti Keadilan Rakyat dan PAS akan menjadi kawasan Parti Keadilan Rakyat – PAS pula. – Mokhtar Petah. Pada hari ini di Kepala Batas.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.