Tuesday, March 22, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

ORANG – ORANG BESAR

... demikianlah Kami – Allah – adakan dalam tiap – tiap negeri orang – orang besar yang jahat agar mereka melakukan tipu daya di negeri tersebut. Padahal mereka tidaklah memperdayakan selain dari diri mereka sendiri - kerana meekalah yang menerima akibat yang buruk – sedang – tetapi – mereka tidak menyedarinya.
– Al An’aam: 123


HADIS

BURUK DAN HINA

Rasul Allah Muhammad s.a.w. bersabda: Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan dan kehinaan apabila dia menghina – menuduh, memfitnah, mengumpat dan lain - terhaap saudaranya orang Islam.
– Perawi: Imam Muslim

NOTA.
Di negara kita ini ramai orang Islam yang melakukan perbuatan di atas kerana sebab – sebab dalam parti politik, fahaman politik, menjaga kedudukan atau pangkat.
Kita menanti datangnya tindakan Allah; Orang – orang yang melakukan demikian akan ditimpa keburukan dan kehinaan yang luar biasa.



*****


MENGANGGUR DAN KERJA

Ramai bekas pelajar universiti sedang menganggur. Ada yang bekerja, tetapi tidak sama dengan jurusan yang mereka ambil di universiti dulu. Mereka menjadi 'pekerja atau buruh paksa' dalam negara meeka sendiri. Ertinya mereka sama dengan orang - orang Melayu yang dibawah oleh angkatan tentera Jepun untuk menjadi buruk paksa memnbina semula jambatan di river kwei.
Ada di antara mereka memberitahu saya, sebab mjereka menganggur, kerana pihak kerajaan atau universiti yang memilih mereka telah memasukkan mereka belajar dalam bidang yang mereka tidak minat. Mereka beminat belajar pengetahuan bidang kejuruteraan awam, tetapi mereka dimasukkan ke dalam bidang kejuruteraan mikanik dan demikian dengan bidang - bidang lain.
Saya menasihatkan kepada beberapa pemuda; saya ada ramai anak saudara.Meeka menuntut di sekolah agama - sekolah rakyat - , tamat sekolah rakyat, mereka mudah dapat pekerjaan, ada yang berkhidmatg dalam Patronas, kerajaan dan sebagainya. Ada pula yang melanjutkan pelajaran ke universiti dalam negeri dan luar negeri mengikuti jurusan mengenai Islam.
Contoh, anak saudara saya, Ustas Salleh Thani Harun al Hafis. Lepasan sekolah agama rakyat, kemudian melajujtkan pelajara ke universtiri di Masir. Pulang ke tanah air bekerja di Pusat Islam. Kini dia membimbing beratus orang murid di sekolahnya sendiri, di Padang Balang, Gombak, Kuala Lumpur.
Seorang lagi anak saudara saya, Zaghlol Razali, lepasan sekolah agama Islam, Izzuddin, Ipoh, dia menceburkan dirinya dengan yakin dalam perniagaan, kini dia menjadi pengusaha dan peniagaan perabut dan yang berhubungan dengan hotel dan pejabat, di Kuala Lumpur.
Maka, ibu bapa dan bakal - bakal pelajar hendaklah berfikir banyak kali sebelum melangkah ke mana - mana sekolah dan memasuki mana - mana universiti. Jika berfikir banyak kalia, anda semua atidak akan menjadi ' buruh paksa' dalam negara anda yang makmur ini.
Kebanyakan bekas pelajar universiti macam peribahasa Melayu ini: Laksana rambutan jantan, orang berbunga awak berbunga, orang berbuah, awak tidak.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.