'DENGAN SEBIJI PELURU KAMU BOLEH KOJOL'
Sembilan belas tujuh puluhan.
Semenjak krisis antara Sultan Perak dengan Menteri Besar Ghazali Jawi hingga kepada Krisis antara Baginda dengan Wan Mohamed, aku telah menerima enam kali sampul surat yang berisi sarung peluru pistol. Pada tiap-tiap helai kertas yang telah dikirimkan bersama sarung peluru itu mengandungi tulisan, ”...jaga peluru macam ini boleh bunuh orang”, ”Dengan sebiji peluru ini kamu boleh kojol’ dan ’Orang macam kamu, wartawan makhluk perosak patut dibunuh.”
Walaupun tiada orang yang menilai, tetapi aku telah menilaikan diriku sendiri; kerjayaku dalam bidang penulisan, dengan pena dan tulisanku untuk menghapuskan kepincangan dan keburukan di kalangan orang, menjaga kepentingan mereka dan negeri adalah perjuangan juga dan dinamakan jihad juga. Kerana penilaian demikian pada diri aku sendirilah, maka aku telah tidak melaporkan perkara sarung peluru dan ancaman terhadap diriku kepada pihak polis.
Aku teringat, pada masa aku di Vietnam dulu, aku telah menyaksikan mayat seorang wartawan lelaki dari Eropah yang telah ditembak oleh gerila Vietcong. Adakah aku akan mati seperti wartawan tersebut. Ajal di tangan Tuhan; bila tiba ajal, tiap-tiap manusia itu akan mati jua, tiada siapa yang berupaya menyegera atau mengundurkan waktu matinya. Dia dan dengan apa cara juapun mati akan mendatangi kita.
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Aku telah berpegang kepada falsafah aku sendiri, iaitu aku menulis apa yang aku lihat, dengar, ketahui dan alami walaupun tulisanku itu boleh menggugat kedudukan menteri-menteri besar dan wakil-wakil rakyat, kerana tugas itu adalah bagi menyambung perjuanganku kepada tanahair, bangsa dan agama Islam semenjak awal tahun 1950-an. Pada tahun 1952, terutama tahun 1954 dan tahun-tahun berikutnya aku telah berjuang menuntut kemerdekaan bersama mereka yang berjuang. Tetapi aku adalah dari ramai pejuang-pejuang yang tidak terbilang dan tidak mahu dibilang.
Oleh kerana aku juga seorang pejuang, apabila negara dan bangsaku telah mencapai kemerdekaan, aku tidak menuntut apa-apa dari negara, kerana perjuanganku itu adalah jihad juga. Tetapi rasa sedih apabila aku mendapati ada orang-orang yang tidak pernah berjuang atau yang hanya menyertai perjuangan secara menumpang di ekoran sahaja setelah mereka berkuasa dan mempunyai kedudukan, mereka telah melakukan penyelewengan terhadap negara dan bangsaku sendiri. Aku secara ikhlas menyifatkan orang-orang yang demikian sama dengan pengkhianat negara.
Mungkin orang lain tidak dapat menerima pendapatku, bahawa aku hidup meniti atas landasan sejarah, mencatat sejarah dan mewujudkan garis dan titik dalam sejarah bangsaku walaupun tidak secara menyeluruh. Aku belajar dari alam dan manusia; aku telah kenal atau arif akan individu dan latar belakang mereka yang telah berjuang semenjak zaman Tunku Abdul Rahman hingga pada zaman Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohamad. Mereka itu, sama ada jujur atau tidak, mereka adalah pelakon dalam sejarah negara mereka sendiri.
MENGACU PENUMBUK
Pada satu tengah malam, aku bersama isteriku, Sitti Haishah telah singgah di sebuah coffee house, dekat Jalan Sultan Idris Shah, dalam Bandar Ipoh, kerana hendak makan. Pada waktu kami masuk ke dalam perut coffee house itu, aku nampak beberapa orang Melayu dari Hulu Perak sedang duduk mengelilingi sebuah meja.
Aku dan isteriku telah duduk menghadapi meja di sudut perut coffee house itu. Sebentar kemudian aku telah bangun dari kerusi dan pergi ke bilik air. Pada waktu aku keluar dari bilik air itu, seorang dari orang-orang dari Hulu Perak itu, namanya Awang(bukan nama sebenar) telah berdiri di hadapanku dengan mengacu penumbuknya kepadaku.
”...meka tulis dalam surat khabar fasal Dato’(Dato’ Wan Mohamed)..., ” katanya.Garang.
”Ia, mengapa?” Aku bertanya.
”....ni, aku ni, oghang Dato’ Wan..., mike tulis fasal Dato’ Wan, ...mika tulis fasal orang Pattani..., aku bunuh mu,”katanya.
”Ia, saya pun orang pattani, ngapa...” Aku bertanya.
Awang telah menghunjamkan penumbuk kanannya kemukaku, tapi aku sempat mengelak. Kaca mataku telah terpelanting ke atas lantai. Aku telah melangkah ke tepi meja dekat meja tukang masak. Atas meja itu ada beberapa bilah pisau pemotong daging. Awang telah menyangka aku akan melawannya dengan menggunakan pisau pemotong daging itu, dia telah berundur lalu masuk mendapatkan rakan-rakannya. Aku telah mengambil kaca mataku yang telah pecah atas lantai.
ANGGOTA POLIS
Kerana bunyi bising, isteriku telah masuk ke bahagian dapur mendapatkan aku. Pengurus coffee house itu, seorang lelaki Cina, telah meminta aku keluar ikut pintu belakang coffee house tersebut, kerana dia khuatir Awang dan rakan-rakannya akan bertindak lagi terhadap diriku. Aku dan isteriku telah keluar dari coffee house itu ikut pintu yang telah ditunjukkan oleh pengurus coffee house itu. Kami telah menyeberang Jalan Anderson dan pergi ke pejabatku di Jalan Leong Sin Nam kira-kira 500 meter dari coffee house itu.
Setibanya kami di hadapan pejabatku, seorang pemuda Melayu memakai seluar jean, baju t dan rambutnya panjang sampai ke tengkuknya sedang berjalan di hadapan kami. Aku telah meminta dia menolong kami untuk mengikut kami pergi mengambil keretaku yang terletak di hadapan coffee house tersebut. Pemuda itu telah mengikuti kami sampai ke keretaku. Dia telah perkenalkan dirinya, bahawa dia seorang anggota polis.
Beberapa hari kemudian, aku telah mendapat tahu dari kawanku, Zabedi bin Haji Salleh, bahawa Awang tinggal di FELDA Barsia, Grik. Dia telah diupah sebanyak RM500.00 untuk menumbukku. Selain dari itu dia juga telah dijanjikan akan dianugerahkan satu kawasan balak di Lapangan Nenering, di Hulu Perak.
PECAH BELAH
Pada tengah malam itu aku telah pergi menemui Sultan Idris di Istana Firus dan memaklumkan kepada Baginda akan kejadian yang telah menimpa diriku. Sultan Idris dengan murkanya telah menelefon Musa Hitam. Baginda telah mendesak Musa Hitam supaya bertindak segera terhadap mereka yang melakukan tindakan di luar undang-undang terhadap diriku.
Kira-kira jam 10.00 pagi esoknya, seorang pegawai polis telah datang menemui aku. Dia telah meminta aku membuat laporan di balai polis, tetapi aku telah memberitahu kepadanya yang aku tidak mahu memanjangkan hal itu kerana perkara itu kecil sahaja. Kemudian dia telah mengambil keterangan dariku. Kaca mataku yang telah pecah sebelah itu telah diambilnya juga sebagai bahan bukti.
Pada pagi lusanya, tiba-tiba isteriku menjerit dan melolong tidak sedar diri sebagai orang kena histeria. Aku telah memeluk tubuhnya sambil membaca ayat-ayat Quran dan menghembus kepada dua belah telinganya. Sebentar kemudian, dia telah sedar semula. Kira-kira jam 4.00 petang itu, isteriku telah menjerit dan tidak sedarkan diri lagi. Aku telah membaca lagi ayat-ayat Quran dan menghembuskan ke telinganya dan dia telah pulih semula.
AYAT QURAN
Seorang rakanku, Encik Ahmad Dairabi dari kampung Tengku Hussein, Ipoh, telah menolong kami, dia telah membawa kami kepada seorang bomoh muda, di Gunung Mesah, Gopeng. Bomoh itu pengamal ilmu Imam Bonjol, Indonesia.
Bomoh itu telah membaca beberapa ayat Quran dalam keadaan dia tidak sedarkan dirinya. Kemudian dia telah bercakap dalam bahasa yang aku tidak dapat memahaminya. Ahmad Dairabi yang faham akan percakapan bomoh itu telah memberitahu kepada kami, bahawa orang yang sakit hati kepadaku telah membuat ’ilmu ghaib’ terhadap isteriku dengan menggunakan ilmu orang Sakai.
Kemudian bomoh itu telah memberi kepadaku beberapa bilah lidi kabung yang telah dikerat sepanjang kira-kira 8cm bersama sabutnya. Lidi-lidi dan sabut kabung itu telah dijampi dengan ayat-ayat Quran juga.
”....Encik balik nanti, banyak kucing di rumah Encik, ....kucing tu syaitan-syaitan orang Sakai, ... orang yang sakit hati kepada Encik puja,” Ahmad Dairabi telah menterjemahkan kata-kata bomoh itu kepada kami.
”...Encik balik, Encik tanam benda ni depan rumah, ...semua kucing tu...,”katanya lagi.
Apabila kami tiba di hadapan rumah kami, aku telah mendapati berpuluh ekor kucing sedang berkeliaran atas pagar, atas pokok jambu batu dalam pagar, depan pintu dan atas tempat letak kereta. Aku telah masuk ke pekarangan rumah dan mengorek tanah depan rumah itu dengan golok Perak dan menanam lidi-lidi dan sabut kabung dalam tanah di situ. Lepas itu kucing-kucing itu telah hilang entah ke mana.
Selain dari menyerahkan kepada Allah, berharap kepda ikhtiar bomoh itu dan aku telah berikhtiar untuk memulihkan isteriku dengan caraku sendiri. Aku telah melakukannya tiga pagi dan tiga malam. Tiap-tiap kali aku melakukan pemulihan tubuh dan semangat isteriku, aku telah memeluk tubuh isteriku dengan kadar yang kuat sehingga tubuhnya terangkat dalam pelukan dan aku membaca aya-ayat Quran, iaitu al Fatihah 5 kali, Qulya ayyuhal kafirun, 3 kali, Qul huallahu ahad, 3 kali, dan aku hembuskan kepada kedua-dua belah lubang telinganya.
Semenjak pada malam pertama aku melakukan ikhtiar itu, isteriku tidak diserang penyakit ganjil itu lagi. Semangatnya telah pulih seperti sedia kala.
(Disaring dari manuskrip,Memoir, Patah Sayap bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah).

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.