Thursday, February 10, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

PEMIMPIN MENENTANG HUKUM ALLAH

Hai orang – orang yang beriman, jangan kalian jadikan bapa – bapa dan saudara – saudara kalian sebagai pemimpin – pemimpin masyarakat dan negara - , jika mereka memilih kekufuran dengan meninggalkan iman – ertinya menolak hukum hakam dalam Quran, seperti menolak hukum hudud - ; dan sesiapa di antara kalian menjadikan mereka itu pemimpin, maka merekalah orang – orang yang zalim. – At Taubah: 23
Oleh semikian – jikia mereka mengambil orang - orang yang menentang hukum Allah menjadi pemimpin - , maka mereka itu akan ketawa sedikit – di dunia – dan menangis banyak – di akhirat – sebagai balasan atas apa yang mereka lakukan. – At Taubah: 82

NOTA:
Firman Allah di atas ini amat luas maknanya untuk di fahami oleh manusia. Sebagai pengetahuan, seseorang pemimpin dan golongannya yang menentang hukum – hukum Allah dalam Quran dan ajaran atau hikmah dalam hadis – hadis Nabi Muhammad s.a.w. seperti menentang hukum hudud dan sebagainya, dan mereka tetap mengikut hukum golongan nasiinalis dan kapitalis, sosialis, komunis dan seumpamanya, maka umat Islam yang kuat iman – mengikut pengetian tauhid dan tasawuf – tidak boleh memilih dan menyonkong mereka untuk menjadi pemimpin dan golongan yang mengawal – pemerintahan negara.
Jika dipilih dan disokong juga, maka akibatnya rakyat dan negara sentiasa dalam kesukaran – senang tetapi susah dan kaya tetapi banyak hutang dan sebagainya.
Kita memerlukan pemimpin dan golongan yang mengawal pemerintah dari orang – orang yang menjamin keadaan kesetabilan dan keamanan seperti firman Allah dalam Quran: Negara bertuah dan Allah Maha Pengampun. – Saba:15.



HADIS

AHLI NERAKA

Rasul Allah Muhammad s.s.w. memberi amaran kepada kaum wanita: Hai semua golongan wanita, bersedekahlah kalian - iaitu dari harta dan hasail pendapatan yang halal lagi baik - dan perbanyakkan beristighfar atau memohon keampunan kepada Allah - , kerana susungguhnya saya melihat kalian, kebanyakan warga neraka.

- Perawi: Ibnu Umar dan Imam Muslim

NOTA:

Pertama, isteri Nabi Adam alaihis salam, Hawa, adalah mengalami gudaan dan pujukan Iblis - syaitan -, dan akibatnya sumianya dan dia digturujnkan allah dari syurga ke dunia ini. Maka sejak itulah hingga ke hujung alam ini iblis atau syaitan sentiasa menjadi penasihat dan pengawal wanita - wanita. Jika mereka berpengetahuan Islam, kuat iman dan taqwa kepada Allah, maka selamatlah mereka, jika tidak, mereka akan menjadi wanita seperti puntung - puntung api yang akan dimasukkan ke dalam lahar api sahaja.



---------------------------------------

FIKIR SETAPAK

Sejak Dato’ Seri Mohd.Najib bin Tun Abdul Razak – anak Tanjung Sepat, Pakan, Pahang memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, kita sering mendengar dan membaca ucapan – ucapan beliau tentang berjuta – juta wang diperuntukkan kepada pembangunan dan kebaikan negara.
Saya menjadi seorang penulis yang kagum terhadap ucapan Perdana Menteri itu dan saya menaruh kepercayaan, bahawa ucapan beliau itu benar dan b oleh diyakini rakyat jelata – dari yang buta huruf hingga kepada yang bepelajaran tinggi dan bijak pandai.
Beberapa kali saya menjenguk ke kementerian – kementerian, jabatan – jabatankerajaan, coffee house dalam hotel mewah hingga di Lapangan Terbang Antarabangsa, saya mendengar dan mengumpul sungutan – suan tidak bermakna kepada saya – yang kata – kata mereka seakan – akan ini:
“... saya / kami tak tahu, la ni nak buat kerja, memajukan kerja dan macam – macam lagi untuk mengelekkan kerajaan dan rakyat tak dapat saya / kami lakukan kerajaan tak ada duit ..., peruntukan wang tak cukup ..., tak dapat ...”
“Kerajaan tak ada duit, nak buagt kerja pun tak dapat, banyak rancangan kena potong ...”
Mendengar percakapan mereka itu, saya teringat akan cerita dalam sejarah sahabat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, seeorang ibu kedana memperdayakan anak kecilnya yang lapar dengan merebus sebiji batu. Air menggelegak, batu dan dinding aperiuk bercumbuan makan bunyinya menyumbat lubang telinga anak itu. Dia menunggu makanan yang sedang dimasak oleh itubu hingga dia terlena.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.