Tuesday, February 8, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

LIWAT

... Nabi Luth telah berkata kepada kaumnya: Patutikah kalian melakukan perbuatan yang keji – liwat - , yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari pennghuni alam ini sebelum kalian?
Sesungguhnya kalian mendatangi – liwat – lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kalian dengan meninggal – menolak atau tidak menghargai wanita – wanita - , bahkan kalian adalah kaum yang melampaui batas – melanggar hukum Allah dan tidak bermaruah.
Dan tidak ada jawapan dari kaumnya – Nabi Luth a.s. – selain dari berkata: “Usir mereka – Nabi Luth a.s. dan para pengikutnya yang setia – dari bandar kalian ini, sesungguhnya mereka adalah orang – orang yang mendakwa mensuci diri.”
Maka Kami – Allah Taala – selamatkan dia – Nabi Luth a.s. dan para pengikutnya, melainkan isterinya – peminat dan melakukan lesbian – adalah dari orang – orang yang dibinasakan.
Dan Kami – Allah Taala – telah menghujani mereka – kaum Nabi Lut a.s. yang melakukan liwat – dan fahaman gemarkan liwat – dengan hujan batu – yang membakar dan membinasakan mereka - . Oleh itu, lihatlah, lihatlah bagaimana orang – orang yanbg melakukan ke salahan.
– Al A’araaf: 80 , 81, 82 , 83 , 84.



HADIS RASUAH

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memberi amaran: Laknat Allah akan menimpa orang – orang yang memberi rasuah dan menerima rasiah dalam pemerintahan – atau kerajaan – dan orang – orang yang menjadi perundi antara keduanya.
– Perawi: Imam Ahmad, Abu Daud, At Tarmizi , An Nasaai dan Abu Hurairah.

NOTA
Para penguasa – dari Raja atau Sultan, Presiden, menteri hingga kepada kaki tangan pemerintah atau kerajaan yang menerima bayaran dari orang – orang yang mereka laksanakan kewajipan, seperti kontrak dan sebaginya, dan begitu juga yang berjaya mendapat kontrak dan memberi wang dan sebagainya kepada para penguasa, maka perbuatan itu adalah rasuah dan berdoa.
Para pemerintah atau penguasa kerajaan memberi wang, segala bantuan termasuk pembangunan dan sebagainya dngan tujuan agar rakyat menyokong mereka atau parti politik mereka, atau mengundi calon – calon mereka dalam pilihan raya, maka perbuatan itu rasuah juga dan berdosa. Mereka akan dilaknat oleh Allah.


--------------------------------------


JAHIL POLITIK

Bertempat dalam coffee house, di Bandaraya Kuala Lumpur, secara tidak sengaja saya bertemu dengan seorang politikus dari UMNO dan dia seorang yang banyak menerima pujian kerana kerja dan perjuanganya dalam parti politiknya. Kami bercakap. Saya menghalakan percakapan kepada perkara sosial. Dia membawa saya kepada politik.


Katanya:

a - PAS, PKR dan lain parti di luar UMNO dan BN tidak akan menang pilihan raya akan datang, kerana 99% rakyatMalaysia menyokong BN.
b - UMNO sebuah parti Islam dan sekarang ini negara kita adalah negara
Islam.
c - PAS bukan parti Islam, parti orang - orang ketagih syurga dan
mencari nama dan kuasa di dunia. Dan partitetrsebut adalah
mengamalkan ajaran komunis.
d - PKR sebuah parti cari makan dan mabuk kuasa. Parti itu tidak
mendapoat sambutan dari orang
Melayu. Yang ramai orang India beragama Hindu.
e - Semua parti politik pembangkang tidak boleh memerintah negara ini
kerana mereka tidak ada pengetahuanpolitik dan tidak tahun
mentadbir kerajaan.
f - Sampai dunia kiamat pun UMNO dan BN akan memerintah Malaysia.

Pendapat orang ini boleh ditimbang oleh setiap rakyat Malaysia; diakah yang pandai dan bijak atau dia yang paling jahil politik di antara rakyat negara ini.

Apa fikir anda?

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.