Monday, February 7, 2011

QURAN, HADIS DAN LAIN

BERJALAN DI MUKA BUMI

Sesungguhnya telah berlaku – terjadi – aturan – aturan yang tetap – sunna, ertinya jalan yang biasa ditempuh, contoh – contoh yang patut diambil pelajaran – sebelum kalian, sebab itu, berjalan – melancong – lah di muka bumi dan perhatikan bagaimana kesudahannya orang – orang yang mendustakan – kebenaran Allah dan ajaran Allah kepada umat manusia dalam Quran - .
– Ali Imran:137


HADIS

HARUMAM

Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: Sesiapa yang diberikan kepadanya haruman – air atau minyak wangi ataupun bunga – bungaan - , maka, janganlah menolaknya, kerana sesaungguhnya haruman itu ringan baunya dan ringan di bawah. – Perawi: Imam Muslim

NOTA
Pada masa ini banyak kepalsuan; bunga – bunga yang dihadiahkan kepada rakan, kekasih dan sebagainya tidak harum. Hadiah itu Nampak sebagai penipuan atau tidak ikhlas kerana tidak ada bau harumnya.



----------------------------------------


FIKIR SETAPAK


PEMIMPIN KITA

Beberapa orang tua kampung jauh dari Bandar yang fahaman tentang Islam dan akhlak telah berkata kepada saya:
Tun Dr. Mahathir Mohamad selalu bercakap macam orang menyesal atau kecewa, iaitu, pada masa dia jadi Perdana Menteri - lama masa – tidak menyatukan orang Melayu dan umma, tetapi sekarang baru bercakap di merata – rata tentang perkara itu.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, setelah berhenti dari Perdana Menteri, kelihatan tentera, tisak menyakahkan Najib Razak seperti Dr Mahathir Mohammad mempelekehkannya. Beliau seorang bekas pemimpin yang patut dihormati oleh setiap rakyat Negara ini.
Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak, patutlah bercakap lebih banyak tentang perpaduan yang berdasarkan Islam dan memerintah Negara ini tidak banhyak menurut kehendak orang perempuan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.