CINTA GADIS MELAYU DI MASIR
Sheikh Idris Al Marbawi from Kuala Kangsar,
Malaya, Sheikh Fadhlullah Shuhaimi from Singapore,
Sheikh Ismail Hamzah from Kuala Kangsar, Malaya,
Zulkifli Muhammad from Kuala Kangsar, Malaya
and Yusof Zaki Yaakob from Kelantan, Malaya.
Senarai nama para cendekiawan Islam Malaysia terletak atas meja kaca dalam ruang tamu rumah Na’imah Halfa. Mereka itu telah menuntut di Universiti Al Azhar pada zaman Semenanjung Tanah Melayu belum merdeka.
Pengerusi Kelab Nasional, Ali Jibran, Na’imah Halfa dan seorang ahli sosiologi, S.Dogan duduk atas sofa menghadapi meja kaca itu. Mereka sedang meneliti nama para ilmuan Islam Melayu itu. Masing-masing mengakui para ilmuan Islam Melayu tersebut kukuh iman dan berakhlak mulia. Mereka mengetahui jaringan Yahudi atau Zionis di Masir. Kalangan Free Masson Kahirah telah gagal memerangkap mereka.
CENDAKIAWAN ISLAM
Anggota-anggota Kelab Nasional itu telah menyedari akan sebab-sebab kegagalan mereka. Mereka para cendekiawan Islam itu tekah menerima pendidikan awal di sekolah agama rakyat. Institusi pondok.
“Pelajar-pelajar Islam Malaysia pada zaman negara itu telah mencapai kemerdekaan, berbeda dengan mereka, misalnya Zainalk Rashid mudah kita pedaya,”kata S.Dogan.
“Betul, pendidikan mereka berbeda,”Ali Jibran berkata.
Pada malam itu, anggota-anggota Kelab Nasional itu telah berbincang untuk memerangkap ramai lagi penuntut-penuntut Melayu Semenanjung, Melayu Indonesia, Melayu Patani dan pemuda-pemuda Islam dari negara-negara lain yang menuntut di Kahirah.
“Zainal Rashid dan beberapa orang pelajar Islam telah menyertai kita,”kata Ali Jibran.
“Teman wanitanya, Fauziah telah bersama kita juga, ”kata Na’imah Halfa.
“Pelajar awak, bukan?” Seorang pensyarah, S.Dogan bertanya.
“Ia, pelajar saya...,”jawab Na’imah Halfa.
“Bagus, mesti lebih berusaha,”kata Ali Jibran.
“Ia..., kita telah jalankan,”sahut Na’imah Halfa.
“ setiap pelajar Islam datang menuntut di Kahirah ini, kita pujuk mereka, tarik mereka menyertai kita,”kata S.Dogan.
“ Ia, Tuan,”sahut Na’imah Halfa.
“Kalau kita suntik tiap orang pelajar itu dengan idea kita, doktrin kita, ...brain wash mereka, mereka akan menjadi hamba kita...,” kata S.Dogan lagi.
“Kita mahu, setiap seorang dari mereka akan menceritakan kebaikan idea dan doktrik kita kepada seratus orang mereka, kalau sepuluh melakukan begitu, tentetu jadi seribu orang pengikut kita di sana,”jelas S.Dogan.
“Bagus, Tuan,”kata Ali Jibran.
“Malayasia negara yang baik tempat kita kembangkan doktrin kita, semangat protokol dan free masson kita, kerana di sana telah ada kelab-kelab kita, ada kasino, media, industri filem dan berbagai hiburan...” kata S.Dogan.
“...di sana, di mana-mana ada orang kita,”kata Ali Jibran.
“Ia, ...ramai politikus dalam jaringan kita...,”sahut S.Dogan.
“Cara yang paling praktik untuk menarik pemuda pemudi di sana menyebelahi kita, kita rosakkan fikiran mereka dengan menggunakan media, seperti surat khabar, majalah, tv dan sedbaginya,” kata Ali Jibran.
“Selain dari itu semua jenis hiburan, filem, teater, drama, terian, nynyian, muzik...,”kata Ali Jibran lagi.
“Ia, rancangan itu bagus,”sambut Na’imah Halfa.
“Sheikh Adris al Marbawi telah menentap di sini, ...tetapi dia terlepas dari jaringan kita,” kata Ali Jibran.
“Ia, tak apa, ...bukahkah ramai penuntut baru ada, kita jadikan mereka kambing kita,” S.Dogan berkata.
“Ia, bagus,”sahut Na’imah Halfa.
“...bila mereka itu pulang ke nagara mereka sebagai orang alim, mereka akan menghalalkan semua yang haram dalam Islam, seperti riba...,” S.Dogan menyambung percakapannya.
“... mereka pejam mata melihat remaja –remaja Islam bepakaian dedah pusat, peha, ...menari, minum arak, pendeknya mereka juga turut mengamalkan rasuah,”tambah S.Dogan.
“ Makanan haram, haiwan tidak sembelih, kalau ada poster atau logo halal, jadi halal juga kan?” Tanya Naimah Halfa.
“Ia, itu telah berlaku, ayam, itik, tidak sembelih, dimasukkan ke dalam bunkus ada logo halal, jadi halal, halal food,” S. Dogan mengaku.
“Ia, kita tahu, seperti juga tidak ada seorang ulama pun menentang kasino di sana...,” kata Ali Jibran.
“Ia, sebab itu kita perlu suntikkan ajaran atau doktrin kita kepada para penuntut, politikus, wartawa muda dan kalangan bijak pandai, jadikan mereka sentiasa bercakap perkara yang remeh temeh,”kata Na’imah Halfa.
“ ... ia, orang yang suka bercakap perkara remeh temeh, tidak memberi faedah kepda sesiapa,”sahut Ali Jibran.
“ Sungguh, ... sunjtikkan dalam fikiran mereka supaya menentang politik Islam, hukum-hukum Islam, tuduh orang-orang Islam sebagai ekstrims dan pengganas,” sambut S.Dogan.
S.Dogan ketawa terkekeh sambil meneguk air arak yang berbaki dalam gelasnya.
“Kamu semua tau, ramai orang Islam Malaysia mementingkan kebendaan, perpaduan tanpa batasan, ...kita akan mudah melemahkan mereka,”kata S.Dogan.
Kertas senarai nama para ilmuan Islam Melayu di atas mej, diambil oleh Ali Jibran dan dimasukkan ke dalam failnya.
“...saya harap Zainal Rashid, bila pulang ke Malaysia, akan menjadi seorang ulama yang hipokrit,”kata Ali Jibran.
“Ia, gunakan dia, ...yang lain macam mana?” Tanya S.Dogan.
“...dalam jaringan kita,”jawab Na’imah Halfa.
“Kamu tau, kalau kita tidak gunakan penuntut-penuntut Melayu di sini, tujuan kita hendak menjadikan Malaysia mengikut aliran Yahudi tidak akan tercdapai,”kata S.Dogan.
“ Satu lagi, jari jalan..., supaya pemimpin di sana menutup atau sekurangnya melemah semua sekolah Islam rakyat, guru-gurunya tarik ke sekolah kerajaan,” kata S.Dogan lagi.
“Ia, kita khuatir gerakan ulama lepasan sekolah Islam rakyat akan membentuk negara Islam di sana,”kata Ali Jibran.
“Itu betul, tapi kalau sekolah Islam rakyat tutup, akan ramai ulama masuk ke dalam jaringan kita, Islam akan jadi topeng saja,”kata S.Dogan.
“Ada satu cara bagi melemahkan ulama, jadikan mereka itu orang sekular ala Barat..., macam kita... ”kata Na’Imah Halfa.
“Bagaimana?” Tanya S.Dogan.
“...kita tawarkan mereka mengambil ijazah Ph.D, Islamic study di universiti – universiti di England, Amerika dan dalam jaringan kita,”jawab Na’imah Halfa.
“Ia, itu bagus, ...memang kita telah laksanakan pun,”kata S.Dogan.
Ali Jibran mengangguk-anggukkan kepalanya.
“...di Malaysia telah ada ulama yang mendapat ijazah Ph.D ...,”tambah S.Dogan.
“Kamu benar-benar orang Yahudi,”kata Ali Jibran kepada S.Dogan.
“Kamu juga, Yahudi-Arab,”sambut S.Dogan.
Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka mengocak sepi malam dingin.
Na’imah Halfa merenung sofa yang diduduki oleh S.Dogan. Zainal Rashid telah duduk atas Sofa itu. Na’imah Halfa teringat kemesraan awalnya dengan Zainal Rashid. Meremang bulu tengkuk Na’imah Halfa bila dia teringat akan deti-detik itu.
Semua tetamu telah pulang. Malam sepi merangkak ke pangkuan pagi.. Na’imah Halfa teringatkan Zainal Rashid. Terasa lidahnya sakit kerana digigit giginya sendiri.
*** ***
“...masyarakat di negara kita berbilang bangsa, keturunan dan agama, masyarakat majmuk, kita tidak dapat menolak masyarakat itu, mahu tidk mahaau kena terima,” Khalid berucap di hadapan lebih tujub belas orang penuntut Melayu di Canberra.
“Tetapi, kita orang Islam, tidak boleh bertolak ansur dalam perkara agama kita, hukum hakam dan Iman...,” kata Khalid.
“Kita boleh bekerjasama dengan bangsa-bangsa di Malaysia, tapi kita tidak boleh bersyubhat dengan agama mereka, akan merosak iman atau akidah kita,”kata Khalid lagi.
“...Quran telah menentukan, iaitu bagi kamu agama (kafir) kamu, bagi aku agama(Islam) aku, ...saya takut, orang kita jadi maurtad, jadi kafir, bangsa Melayu akan lenyap” tambah Khalid.
ISU PERPADUAN
Penuntut-penuntut Melayu itu telah mengadakan majlis menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia, di apartment mereka. Dalam majlis itu mereka telah ucapan-ucapan mengenai isu perpaduaan dan politik dan agama Islam di Malaysia.
Khalid adalah satu-satunya penuntut Melayu di Canberra yang memiliki ilmu pengetahuan Islam yang di taham thanawi empat. Selain boleh berbahasa Inggeris, dia juga boleh berbahasa Arab dengan baik. Penuntut-penuntut di sana telah memilih dia untuk memberi ucapan dalam majulis itu.
Sebilangan penuntu Melayu yang terpengaruh dengan fikiran sekular Bara tidak menyertai perjumpaan itu. Mereka tidak berminat kepada sejarah tanah ai mereka, agama Islam dan politik. Mereka telah mamandang remeh terhadap agama Islam.
KETAYAP PUTIH
Mereka menyifatkan Khalid dan rakan-rakannya kolot. Tidak ada perubahan. Tidak pandai menyesuaikan diri dengan zaman dan tempat.
Seorang penutut perempuan dari Petaling Jaya, Maheran Majid menyifatkan Khlid dan rakan-rakannya sebagai ‘mangkuk group’, kerana mereka sentiasa memakai ketayap putih pada waktu malam.
Maheran Majid sedang menuntut dalam jurusan sains perubatan. Dia bersama beberapa orang pelajar wanita Melayu dari Malaysia menentang poligami.Mereka menolak ayat dalam Quran menenai Allah membolehkan amalan poligami.
“...kita mesti hapuskan poligami, ...poligami menyekat kebebasan wanita, ...Islam memihak kepada lelaki..., wanita jadi alat nafsu ...”kata Maheran Majid.
“Kita tidak boleh ikut Quran,”kata rakannya, Marlia Yon dari Pulau Pinang.
“Sungguh, ikut Quran, ikut Islam tak ada kebebasan, tsk ada perikemanusiaan,”Sambut Maheran Majid.
Ramai penuntut-penuntut wanita Melayu di Canberra tidak menyertai Maheran Majid dan Malia Yon. Mereka tahu dua orang penuntut itu terlkibatr dengan gerakan anti Islam di Australia.
BUDI PEKERTI
Khalid sering mengingatkan penuntut-penuntut di Canberra dan seluaru Australia, kemajuan ilmu pengetahuan di seluruh dunia hari ini telah membimbing manusia kepada kemusnahan budi pekerti dan iman kepada Tuhan.
“Kita mahu menjadi umat berilmu peneta bukan untuk menggunakan ilmu pengetahuan untu memusnahkanumat manusia,”katanya.
“Tengok beberapa orangpemimpin negara dunia, mereka berilmu, tetapi mereka menjadi pemusnah negara dan umat manusia, tak ada belas kasihanh...,”katanya lagi.
“Pengetahuan sains dan teknologi penting kepada kita, tetapi jangan pula ilmu itu menjadikan kita mengenefikan kuasa Tuhan, tidak berbudi bahasa, tamak,”tambahnya.
Khalid dan rakan-rakan nya, mendapati sistem pendidikan di negara mereka masih belum sempurna. Mereka berpendapat, ilmu pengetahuan Islam mesti dijadikan mata pelajaran wanjib. Semua pelajar dari bangsa-bangsa lain wajib mempelajari ilmu pengetahuan Islam.
“Ilmu pengetahuan Islam sama dengan ilmu bahasa Melayu boleh menjamin perpaduan di negara kita, tetapi tidak pula kita memaksa pelajar-pelajar bukan Islam memeluk agama Islam,” kata Osman Bongsu dari Sabak Bernam.
“Tidak menjadi salah pelajar-pelajar bukan Islam Islam, kerana dalam Islam ada ilmu pengetahauan untuk manusia, lagi pula Islam telah menjadi agama rasmi negara kita,”katanya
“Bahasa Melayu menjadi bahasa wajib dan bahasa pengantar semua imu pengetahun, kolej dn universiti, bahasa Inggeris dasn bahasa Arab hendaklah menjadi bahasa wajib kedua,” kata Khalid pula.
“...bahasa Arab wajib dipelajari oleh semu pelajar, kerana ilmu pengetahuan baanyak dalam Arab, bukan bahasa Inggeris,”kata Khalid lagi.
“Ramai orang kita menyangka ilmu pengetahuan banyak dalam bahasa Inggeris, sebab itulah kita masih tinggal di belakang...,”sahut Mahfuz Shuhaimi dari Johor.
“Saya nampak semua pelajar, Melayu, Cina, India dan bangsa lain di negara kita mesti belajar bahasa Arab seperti belajar mata pelajara agama Islam,” kata Mahfuz Shuhaimi lagi.
“Ia, macam mana hendak mengetahui ilmu Islam secara mendalam kalau tak tau bahasa Arab, tak akan dapat bersatu padu dengan Ikhlas kalau sebilangan rakyat tak tau ilmu pengetahuan Islam?” kata Wan Iqbal dari Pekan, Pahang.
“Pendeknya, kalau tak tahu Islam, tak kenal Islam, macam mana orang-orang tu nak berpadu secara jujur dengan orang Islam?” Tanya Wan Iqbal.
“...benar, tak kenal, tak cinta, ...perpaduan tidak jujur, harap-harap percaya tidak, muka manis , tapi dalam hati menganggap orang Islam pengganas,” Osman Bongsu.
Dua minggu kemudian, Khalid dan rakan-rakannya telah mengadakan perjumpaan lagi. Dalam perjumpaan itu mereka telah menyusun sebuah memorandum untuk di hantar kepada pemimpin parti nasionalis Melayu dan parti Islam Melayu di Malaysia. Ringkiasan memorandum itu, ialah:
‘Penuntut-penuntut Melayu di Canberra khasnya dan di Australia amnya memandang serius akan perpecahan dikalangan orang-orang Melayu-Islam di Malaysia.
Kami dengan penuh tanggungjawab mengemukakan harapan, supaya kedua-dua pemimpin parti Melayu mengambil tanggungjawab mencari jalan untuk kenyatukan dua buah parti Melayu yang yang ditubuhkan pada tahun 1946 parti Islam tahun 1951 untuk menjadi sebuah organisasi yang menyetu padukan umat Islam di seluruh negara.
Kami tidak yakin, perpaduan umat Islam dan rakyat
secara jujur, selagi dua buah parti orang Melayu dan
orang bercakaran.
Kami meminta kedua-dua pihak dapat menginsafi
firman Allah dalam Quran, iaitu, ‘Dan berpegang
eratlah kamu dengan tali Allah dan jangan kamu
sekalian berpecah belah.’
Mereka telah mengirim mesmorandum itu kpada kedua-dua pemimpin parti politik itu, tetapi hinggalah Khalid dan rakan-rakannya tamat menuntut di universiti di Australia, mereka tidak mendapat jawapan dari pemimpin-pemimpin tersebut.
(Dipetik dari manuskrip novel, Bunga Padma di Lembah Nil, oleh: Mokhtar Petah)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.