Thursday, February 3, 2011

QURAN , HADIS DAN LAIN




AYAT – AYAT CINTA


Pergilah, bawa surat saya ini dan campakkannya kepada mereka – maharani Balqis, di Saba, Yaman - , kemudian anda – burung belatuk – berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikan apa tindakan balas mereka.
Berkata maharani Balqis dari negeri Saba – setelah membaca suarat Nabi Sulaiman itu - : Wahai para ketua kaum. Sesaungguhnya telah tiba kepada beta sepucuk surat yangmulia – surat dari Nabi Sulaiman -.
Sesaunguh surat ini dari Nabi Sultaiman dan kandungannya – seperti berikut - : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
Bahawa janganlah anda meninggi diri terhadap saya – Nabi Sulaiman – dan datanglah anda kepada saya dengan menyerah diri – memeluk agam Islam dan dan taat kepada Allah.
- An Naml: 28 – 31.

NOTA
Kebanyakan orang lelaki yang faham akan erti ayat – ayat Quran tgelah menggunakan ayat – ayat cinta Nabi Sulaiman – menyeru maharani Balqis kepadanya dan beriman kepda Allah – sebagai ilmu pengasih kepada wanita yang mereka cintai. Dengan izin Allah, hajat mereka dikabulkan Allah.


HADIS

TIDAK KENA SENGAT

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah memaklumkan: Orang yang beriman – sempurna iman, taqwa dan berserah diri kepada Allah – gtidak akan kena senagat – ular dan sebagainya – dua kali pa da sagtu lubang.
– Perawi: Abu Hurairan dan Imam Bukhari.


--------------------------------------------

FIKIR SETAPAK


ORANG MELAYU TIDAK SEMBHYANG

Sejak hari Isnin hingga hari Rabu saya di Kuantan. Di ruang legar hogtel tempat saya menginap, saya telah bertemu dengan seorang lelaki Melayu berusia lebih 50 tahun, berpendidikan Inggeris dari sekolah Anderson, Ipoh. Dia dari sebuah taman di pinggir Bandaraya Kuala Lumpur.
Pada waktu bercakap dengan saya, dia telah membawa kepada politik dalam dan luar negara. Kemudian bercakap mengenai agama Islam.
Katanya: Saya orang Melayu, berpelajaran dan berfikiran waras. Saya tiak sembhyang, tapi sazya mempunyai hati yang baik dan baik sesama manusia. Apa guna sembahyang. Kita sembah apa. Sembah Allah. Allah tak nampak, bila tak nampak mengapa kita sembahyang.Saya baca Quran, ada sebut, Allah itu ada. Tetapi kalau ada mengapa kita tak boleh nampak Allah. Ini sayu khayalan, katanya.
Akal saya tak dapat terima terima.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.