HASUTAN SYAITAN
Terima – ambil – lah – hai Muhammad s.a.w. - apa yang mudah anda lakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik serta berpaling (jangan ikut) orang – orang yang jahil – tidak mahu mengikut hukum – hukum Allah dalam Quran dan jahil dengan kejahilannya.
Dan jika anda – Muhammad s.a.w. – di hasut oleh suatu hasutan dri syaitan – termasuk orang kafir dan orang yang tidak mengikut hukum – hukum Allah dalam Quran - , maka mohonlah perlindungan dari Allah – dengan membaca A’uzubillahi minasy syaitanir rajim - , sesungguhnya Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
– Al A’araaf: 199, 200.
HADIS
JAGA LIDAH
Rasul Allah Muhammad s.a.w. memaklumkan: Jaga lidah – yaani dalam berbicara atau bercakap - , hendaklah rumah anda merasakan luas pada anda – iaitu lakukan sesuatu yang menjadikan anda suka tinggal di rumah seperti beribadat dan kerja – kerja kebajikan dan lain - dan menangislah – kerana menyesal – atas kesalahan yang anda telah lakukan.
- Perawi: At Tarmizi
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.