Friday, January 21, 2011

FIKIR SETAPAK

MUBAZIR WANG NEGARA?

Lawatan isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Rosmah Mansor ke negara - negara kerana melakukan kebaikan dengan wanita - wanita dan bertemu dengan para pembesar di sana, dengan menggunakan kapal terbang dan berjuta wang kerajaan Malaysia, telah menjadi sungutan orang ramai, dari parti - parti politik, NGO dan orang - orang perseorangan.

Mereka berkata kira - kira begini:
*Mengapa Rosama guna wang negara untuk urusan kebajikannya, sedangkan dia bukan menteri dan pegaai tinggi kerajaan Malaysia.
* Mengapa dia yang sibuk, sedang menteri yang aada hubungan kait dengan wanita ada, iaitu Datuk Sharizat Abdul Jalil.
* Mengapa dia melakukan kerja - kerja seperti ' lebih camca dari b ubur' dan merugikan wang rakyat.
Saya katakan: Biarlah dia melakukan kerja membantu Perdana Menteri, Dato' Najib Razak. Kita semua mestilah harapkan, amalannya baik walaupun rakyat rugi wang.
* Mengapa kita sibukkan hal isteri PM Najib, kan dia perempuan n o.1 di negara ini.
Saya fikir setapak dan setapak, pada masa lalu negara kita tidak maju dan tidak terkenal ke seluruh dunia, kerana isteri - isteri para perdana menteri dan aktib, tidak melihat dunia dan macam 'katak bawah tempurung'. Mereka itu:
1 - Isteri Tunku Abdul Rahman.
2 - Isteri Tun Abdul Razak.
3 - Isteri Tun Hussein Onn.
4 - Isteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
5 - Isteri - isteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Pada masa saya belajar dalam darjah satu dan dua, di Sekolah Melayu. Guru saya mengajar murid - muridnya akan perkataan - perkataan yang hingga kini terbenam dalam minda saya, iaitu: Si Lonchai terjun dengan labu - labunya, biarkan! Biarkan!! Biarkan!!!

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.