Tuesday, January 25, 2011

QURAN DAN HADIS

PERTOLONGAN DAN HORMAT

... sesiapa memberi pertolongan dalam usaha – usaha hasanah – kebaikan - , necaya dia akan mendapat bahagian daripadanya; dan sesiapa yang memberi pertolongan dalam perkara – perkara kejahatan, nescaya – dia - akan memikul sebahagian tanggungjawabnya, dan Allah itu berkiuasa atas segala sesuatu.
Apabila ada orang memberi hormat – salam – kepada kalian, balaslah hormat – salam – nya dengan cara yang lebih baik, atau balas hormat – salam – itu – serupa dengan menghormatannya -; sesaungguhnya Allah itu menghitung segala sesuatu.
– An Nisa:85,86.


HADIS

ZALIM

Dari Abdullah bin Umar radhiallahu ‘am, Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda: Zalim – penganiayaan – itu menjadikan kegelapan – bagi yang zalim – pada hari kiamat.
– Perawi: Imam Bukhari.

NOTA
Di negeri Perak, pada tahun 1951, Mu’allim tersohor, Sheikh Haji Nawawi Janggut Merah – dari Pantai Remis, Perak – di tanya oleh seorang ahli Jemaah dalam masjid Redhwaniah, Kuala Kangsar: Adakah Sultan dan orang memerinta zalaim tidak berdosa? Jawab mu’allim itu: “Walau Sultan, walau orang memerintah, siapa sahaja, jika melakukan kezaliman, berdisa, dia di humbankan ke dalam neraka – oleh Allah - .”

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.