MAHATHIR MOHMAD DAN ABDULLAH BADAWI
Kita ada dua bekas Perdana Menteri yang masih hidup, iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, sama - sama Negeri Kedah - ikut sejarah - . Mereka berjasa kepada negara kita. Sebagai manusia yang bersyukur kepada Allah, kita mengucap terima kasih kepada mereka.
Perhatikan:
Dr Mahatghir Mohamad lepas berhenti dari PM, beliau kutuk dan lanyak Abdullah Badawi dalam beberapa ucapannya di hadapan para cendekiawan bukan Melayu.
Apa sahaja Abdullah Badawi buat, salah bagi Dr. Mahathir Mohamad.
Semua ketawa, Dr Mahathir Mohamad kata, dia silap pilih Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri.
Saya kira cara begini, tidak bersyukur dan tidak menghormati orang lain.
Abdullah Badawi, setelah berhenti dari PM, dia menyokong PM Najib. Dia tidak pernah mengecam dan menyalahkan Najib. Tidak pernah berletir tentang Najib seperti Dr Mahathir Mohamad. Dia sedar Najib dari parti politiknya juga.
Abdullah Badawai masih ahli Dewan Rakyat, beliau tidak pernah mengecam perjuangan orang - orang parti pembangkang seperti bberapa wakil rakyat BN yang lain. Agak saya, dia menghormati Perlembagaan Negara, kerana Perlembagan memberi ruang dan perakuan akan parti - parti pembangkang.
Kalau UMNO dan BN berjuang untuk negara dan bangsa, mungkin juga Islam, maka, parti - parti pembangkang pun membela negara, bangsa Malaysia termasujk Melayu dan agama Islam juga.
Sekadarkan UMNO - BN ibarat wanita yang telah berkahwin, dia banyak pengalaman dalam rumah tangga. Dan parti - parti pembangkang ibarat gadis, yang belum pengalaman apa - apa tentang rumah tangga.
Cuba beri gadis itu kahwin, mungkin dia lebih baik dan agresif dari wanita yang telah dulu kahwin dengannya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.