Friday, January 28, 2011

NOVEL INTERLOK





PINDA NOVEL IINTERLOK?


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak memberi reaksi berbeza terhadap keputusan Kementerian Pelajaran semalam untuk mengekalkan novel Interlok sebagai teks komponen sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), tetapi dengan pindaan pada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India.
Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyokong langkah itu yang disifatkan sebagai pertimbangan sama rata atau ‘menang-menang’ kepada semua pihak terbabit.
Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata kerajaan pasti sudah meneliti dan mengambil kira semua aspek penting berkaitan isu berkenaan sebelum mengambil keputusan itu.
“Justeru, semua pihak harus menyokong dan memberi mandat kepada panel bebas yang dilantik untuk melaksanakan tugas membuat pindaan bersesuaian bagi memastikan isu ini tidak berpanjangan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, turut menyokong langkah kementerian bagi mengelak pembaziran wang kerana perlu menerbitkan teks baru untuk KOMSAS.
Ketua Pengarah DBP, Datuk Termuzi Abdul Aziz juga menyambut baik penyelesaian yang dikemukakan Timbalan Perdana Menteri itu.
Bagaimanapun, Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) menolak sebarang pindaan dilakukan terhadap Interlok.
Ketua Dua GAPENA, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, berkata pertubuhan itu akan menghantar empat wakil menduduki panel khas itu untuk memberi penjelasan kepada sebarang salah faham atau salah sangka itu.
Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali, pula berkata, jika Interlok dirasakan tidak sesuai, batalkan saja penggunaan novel itu dan ganti dengan novel lain.
Presiden PKPIM, Muhammad Faisal Bin Abdul Aziz, berkata persatuan itu tidak bersetuju dengan pindaan yang hendak dilakukan terhadap kandungan Interlok yang berusia 40 tahun itu.
Presiden PENA, Mohamad Saleeh Rahamad, berkata tidak ada asas kukuh terhadap dakwaan bahawa novel itu menghina orang India seperti yang sudah dibincangkan dalam banyak dialog dilakukan pelbagai pihak.
Isteri Abdullah, Datin Siti Saroja Basri, berkata sebarang pindaan terhadap novel itu perlu diserahkan kepada penulis untuk dipersetujui terlebih dulu.
Sementara itu, Presiden MIC, Datuk G Palanivel mahu panel bebas yang diwujudkan bagi mengkaji pindaan itu meneliti apa yang disunting bagi mengelakkan sebarang pertikaian.(Berita Harian)

FIKIR DALAM FIKIR
Pinda kandungan novel INTERLOK membuktikan kerajaan kita lemah dalam perjuangan mempertahankan kesusasteraan Melayu, Maruah Melayu dan semangat kedaulatan bangsa Melayu.
Daripada melakukan pindaan, lebih batalkan sahaja penggunaan novel tersebut dan cari novel yang rendah mutunya yang mendapat sokongan dan sanjungan dari kebanyakan orang – orang keturunan India dan beragama Hindu.
Baru – baru ini Gabungan Persatuan Menulis Nasional – GAPENA dalam satu perhimpunan aman bersama badan – badan NGO Melayu telah mndesak Menteri Palajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mereka yang bertanggungjawab atas penggunaan novel itu dijadikan buku teks tingkstan lima, agar tidak meminda mana – mana bagian dan ayat dalam novel tersebut.- Mokhtar Petah

1 comment:

  1. Kerajaan BN hanya pentingkan diri dan kroni.Mereka tidak mahu melihat bangsa melayu dan rakyat hidup dalam aman damai.Mereka sentiasa berfikir bagaimana untuk rakyat menurut telunjuk mereka.Mereka akan memberitahu bahawa merekalah juara bila ada sesuatu isu.Mereka sedang memusnahkan diri mereka sendiri.Mereka tidak pernah telus untuk berjuang secara ikhlas.Akibatnya mereka endiri yang akan terima.
    -setapa

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.