Tuesday, December 7, 2010

QURAN


HIJRAH DAN PERUBAHAN


Sesungguhnya orang – orang yang beriman – kepada Allah dan berhijrah – keluar dari Makkah al mukarramah – ke kawasan – kawasan lain termasuk Yathrib – Madinah - serta berjihad dengan harta benda dan diri mereka sendiri pada jalan Allah, dan orang –orang - Ansar - , iaitu golongan orang Madinah al munawwarah yang menolong Nabi Muhammad s.a.w., sahabatnya dan orang – orang Islam berpindah dari Makkah al mukarramah ke Madinah – yang memberikan tempat kepada orang – orang Islam yang berhijrah itu, mereka semua menjadi pemnyokong dan pembela satu dengan yang lain. Dan orang – orang beriman yang belum berhijrah, maka kalian tidak bertangungjawab sedikitpun untuk membele mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika meminta pertolongan kepada kalian dalam perkara – menentang musuh untuk membela – agama – Islam -, maka wajiblah kalian menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kalian dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kalian lakukan.
– Al Anfaal:73

Nota.
Pada jam 6.00 petang semalam hingga pada hari ini kita menyambut awal Muharram dan ma’al hijrah, iaitu hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib – Madinah al munawwarah, sahabatnya, Abu Bakar as siddiq dan orng – orang Islam dari Makkah al mukarramah.
Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke Madinah al munawwarah kerana diperintah oleh Allah untuk melaksanakan perubahan – perubahan besar, di antaranya mengembangkan agama Islam dari negara kecil Madinah al munawwarah ke seluruh dunia dan mengubah sistem kehidupan dan negara dari Ketuanan Arab berpegang kuat kepda adat resam dan tidak beriman kepada Allah, kepada sistem kehidupan, politik dan pemerintahan Islam yang berdasarkan Quran.
Panjang dan lamanya tarikh hijrah Nabi Muhammad s.a.w. itu lebih 1430 tahun. Kita menyambut dan merayakann ya pada setiap tahun. Tetapi Sebilangan umat Islam di negara kita ini tidak mahukan Negara Islam dan menolak sebahagian hukum – undang – undng – Allah dalam Quran.
Kita adalah terdiri dari orang – orang bercakap dan menyanjung tidak sama dengan perjuangan Nabi Muhammad sallalahu alaihi wasallam
.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.