PECAT DARI LEMBAGA SASTERA
Pada 1976.
Pada satu malam dalam bulan Februari tahun 1976, Ghazali Jawi telah menjemput aku untuk menghadiri satu majlis perjumpaan antara dia dengan wakil-wakil dari persatuan-persatuan penulis dan sastera negeri Perak, dikediaman rasminya. Persatuan-persatuan itu, ialah Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), Persatuan penulis dan Peminat Sastera Kinta (PESAKA), Persatuan Penulis Teluk Intan (PENTAS) dan Persatuan Penulis Parit, Perak.
Perjumpaan itu telah diatur oleh Ghazali Jawi ekoran dari pihak Lembaga Pembangunan Sastera (LEPAS) telah memohon kepada kerajaan negeri Perak supaya menghulurkan bantuan wang kepada mereka bagi menjalankan kegiatan persatuan tersebut.
KERAJAAN PERAK
Ghazali Jawi telah meminta aku memberi ucapan dalam perjumpaan itu. Dia berharap aku akan dapat memberi pandanganku kepada semua wakil dari persatuan-persatuan penulis dan sastera itu.
Antara ucapanku itu, aku telah menyarankan kepada Kerajaan Perak supaya memberi bantuan yang sama rata kepada semua persatuan penulis di negeri itu. Wang itu untuk mereka membiayai penulis-penulis dalam persatuan masing-masing untuk menerbitkan buku karya masing-masing, walaupun sekadar seribu buah.
”Kita sedia maklum, Kerajaan Pusat telah banyak memperuntukkan wang bagi kegiatan bahasa dan sastera Melayu menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka, saya berharap Kerajaan Negeri Perak yang telah banyak mencurahkan wang untuk tujuan makanan rakyat akan dapat pula menyumbang wang untuk makanan ruhani orang ramai, iaitu ke arah bidang bahasa dan sastera,” kataku.
”Seperti yang kita tahu, semenjak negara kita mula mencapai kemerdekaan banyak fikiran atau idea beberapa orang pengarang dan penulis Melayu di negeri Perak dan di negeri-negeri lain telah dijadi panduan oleh para pemimpin kita untuk memajukan negara daan rakyat,” kataku lagi.
”Kerajaan Negeri Perak patut mengadakan peruntukkan kewangan bagi membantu para pengarang dan penulis negeri ini bagi menerbitkan buku-buku hasil karya mereka, walaupun buku itu tidak laris dijual, tetapi buku itu akan menjadi khazanah kepada negeri kita,’aku menambah.
Ghazali Jawi telah menerima fikiranku itu. Dia berjanji akan memberi bantuan segera kepada semua persatuan penulis tersebut. Wang peruntukan itu sebanyak RM30,000 akan diberikan itu akan membolehkan tiap-tiap persatuan penulis itu menerbitkan dua buah buku dengan jumlah yang kecil dalam tempoh setahun.
Pandanganku itu telah diterima oleh semua persatuan penulis dan sastera, tetapi pihak Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS) tidak puas hati. Mereka mahu wang tersebut hanya diberikan kepada badan itu sahaja.
Seminggu kemudian, aku telah mendapat tahu, Jawatankuasa Pembangun Sastera Perak (LEPAS)* telah mengambil keputusan memecat aku dari lembaga tersebut dengan alasan aku tidak membayar yuran, sedangkan aku telah membayar yuran pada tiap-tiap tahun.
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Saya Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.