Saturday, November 6, 2010
SAJAK (Ulangan)
HARAPAN RAKYAT
(Untuk PM dan Kebinetnya)
Harapan rakyat,
Hanya pangkah keramat,
rakyat kudung jari di permatang,
sang semput di peinggir bandar,
anda bergelar menteri berhormat,
nama terjulang di langit nusa.
Harapan rakyat,
Madah perintah Menteri Perdana;
wajib amalkan konsep harga diri,
Integriti, kebolehan, kesetiaan,
pikul tanggungjawab dengan kesungguhan,
jauhkan korup berhati penjarah.
Harapan rakyat
kita dan mereka rakyat negara,
konsep satu Melaysia falsafah bangsa,
terus dan adil perbezaan tiada,
senang sama derita sama jua,
Satu Malaysia jamin padu kita.
Harapan rakyat,
Ujar Najib, “Dekatkan di hati rakyat,
mesra rakyat semua peringkat.”
Turun padang kenal haruan dan limbat,
rakyat mana ketinggalan nikmat,
yang sakit ubatnya; cuma air gamat.
Harapan rakyat,
usah di kejar kaya dan mewah,
biarkan rakyat hidup susah,
telan cabai patah nasi tanpa kuah,
ratap hidup dibelit derita dan payah,
kerana pemimpin cuai dan megah.
Harapan rakyat,
entah ada gunting dalam lipatan,
setia tiada khianat jadi pegangan,
berhati Qarun dan firaun dilaknat Tuhan.
musuh Tuhan rakan syaitan,
perosak rakyat penyangak watan.
Harapan rakyat,
kerajaan baru pentadbiran gemilang,
kumpulan istimewa dilayang seimbang,
rakyat merhein sama ditimbang,
agar tujuan tidak 'telur tembelang',
khidmat kerajaan tetap gemilang.
Harapan rakyat,
Jika sungguh bagai dikata,
rakyat serahkan jiwa - raga,
jihad ikhlas bentengkan dada,
prestasi kerajaan perlu dijaga,
kerajaan kita Allah reda,
Bandar Klang …................. Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.