ORANG DI GALAS
Gua Musang - Sabtu, Sebilangan dari para pengundi yang telah memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional, sedang menunggu janji para menteri dan pemimpin UMNO; akan pulihkah mereka dari kemiskinan yang membelit dan melilit, makan nasi bersambal lada dan makan sambal telunjuk berdiri.
Mereka tahu ada tanah yang boleh diteroka, tetapi kuasa di tangan Kerajaan Kelantan. Ada bantuan orang meskin dan melarat di Jabatan Kebajikan Masyarakat - Kerajaan Pusat -, tetapi oara pegawai banyak karenah menekan syarat.
Beberapa penduduk di Galas yakin, dari hari BN menang pilihan raya kecil di sana, hingga pilihan raya umum akan datang, mereka terpaksa hidup dalam keadaan seperti orang berselimut kain panjang lima; tutup kaki kepala terdedah, tutup kepala kaki telanjang.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.