MELAYU BERPACA
Perpecahan di kalangan bangsa, tidak pada bangsa Melayu sahaja, tetapi berlaku dalam semua bangsa di seleuruh dunia. Perpecahan telah berlaku sejak berpuluh abad yang lalu hingga pada masa ini.
Bangsa Amerika, bangsa Inggeris, Rusia dan bangsa, bangsa Arab – bangsa lain terus berpecah kerana agama dan ideologi politik yang bebeza – Kristian, Islam, komunisme tidak beragama atau atheis dan juga kapitalis dan ‘jahiliayah moden’ – tidak yuakinkan Islam tetapi yakinan idea dan system hidup orang Kristian, Yahudi dan barat.
Pada masa saya melawat kota London, lama dulu, seorang ulama dalam masjid Regent, setuju dengan pendapat saya, bahawa perpecahan bangsa Melayu telah berlaku sejak berabad yang lalu.
Perpecahan peringkat awalan:
1 - Kerana pegangan kebudayaan dan adat resam dan kedatangan agama Islam ke Semenanjung Tanah Mlelayu.
2 - Kerana mazhab yang empat. Inggeris memaksa Raja Melayu guna pakai mazhab Imam Shafie, tetapi ramai ulama bijaksana mahu gunakan mazahab Imam Maliki dan lain. Ramai pula ulama yang tidak mahu guna pakai apa – apa mazahab, hanya mahu guna pakai Quran, Sunnan (jika tiada hokum dalam Quran dan Sunnah, guna ijmak ulama).
Raja Melayu terpaksa terima arahan Inggeris, maka sampai pada masa ini negara kita guna pakai mazhab Imam Shafie.
Manakala Negeri Perlis, pada masa ilama Allah yarham Sehik Abu Bakar Ashaari dan Menteri Besar, Dato’ Sheikh Ahmad, menolak guna pakai apa jua mazhab dan Dewan Negeri memutuskan dan kemudian dengan persetujuan Raja negeri itu, bahawa negeri tersebut guna pakai Quran dan Sunnah sahaja.
3 - Keraana sebilangan besar ulama dan orang Melayu mahu guna pakai Islam sebagai agama negara dan negara berpelembagaan di berdasar Quran dan Sunnah, tetapi UMNO pimpinan Dato’ Onn, Tunku Abdul Rahman Putra hingga pada masa ini, menolaknya secara ‘tegar’ dan negara tetap dengan dasar nasional dan kepitalis.
Para ulama mursyid dan golongan PAS berjuang menegakkan Negara Islam, tetapi para pemimpin, ulama (yang berkepentingan) dan golongan UMNO menentang golongan PAS dan menyifat atau menuduh PAS komunis dan sebagainya.
Ramai para pejuang dalam Islam PAS, dengan kehendak pemimpin UMNO, telah ditahan dalam khemah tahanan – bawah kuasa ISA seperti tindakan Inggeris memahan siksa para pejuang Melayu Islam dalam Parti Hsizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya – PKMM pada tahun 1948.
Perpaduan di kalangana bangsa Melayu tidak akan dapat dicapai selagi UMNO tegas dengan pendiriannya menentang Agama Islam sebagai dasar negara atau menolak Negara Islam.
Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad yang bijaksana dan dipandang paling berani membangun dan memodenkan negara, tetapi beliau telah ‘gagal’ menyatukan orang Melayu san umat Islam di Negara ini, kerana beliau sendiri salah seorang dari para pemimpin UMNO yang menentang beberapa hukum Allah dalam Quran dan Negara Islam.
Perdana Menteri Dato’ Sri Abdullah Ahmad Badawi telaah gagal menyatukan orang melayu dan umat Islam di Negara ini, kerana beliau, walaupun Perdana Menmteri, tetapi terpaksa agur ataaua qtunmduk kepada golongan UMNO yang menentang Negara Islam dan menolak kerjsama UMNO dengan PAS.
Saya sebagai penulis Islam, telah ‘mengguakan’ keyakinan, bahawa sesungguhnya, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak akan gagal menyatukan orang Melayu dan umat Islam di Negara ini, walaupun 1 Malaysia telah diagung – agungkan, selagi beliau menolak usaha orang Melayu dan umat Islam untuk menegakkan Negara Islam atau menerima agama Islam sebagai dasar system kehidupan – politik, ekonomi, sosial dan sebagainya - , bagi bangsa Melayu dan umat Islam di Negara ini.
Perpecahan bangsa Melayu yang berlarutan, jika tidak diubatkan dengan Islam sebagai addin – system Negara – , maka paling lama UMNO akan terus hidup dua kali pilihan raya umum lagi, iaitu setelah ia menglami kekalahan yang terus pada pilihan raya umum akan datang.
PERKASA – bukan pertubuhan politik - , pipinan Dato’ Ibrahim Ali – kapitalis dan ketuanan Melayu - , tidak akan memberi pertolongan untuk menyatukan orang Melayu dann umat Islam, kerana pertubuhan itu selain tidak berdiri sebagai parti politik, ia juga sebuah organisasi yang mementingkan ‘ketuanan Melayu’, ‘kapitalis Melayu’, ‘feodalis Melayu’ dan tidak bersetuju dengan perjuangan PAS untuk menegakkan Negara Islam.
Persatuan itu akhirnya akan menjadi sebuah organisasi orang – orang tua yang masih kekal dalam ‘jahiliayah moden’ – menolak Islam sebagai asas negara atau Negara Islam, sebaliknya membanggakan ‘ketuanan Melayu’, ‘kapitais Melayu’ dan ‘feodais Melayu’.
Saya amat yakin, tubuhlah sebanuyak mungkin parti politik Melayu dan organisasi Melayu, jika masih dengan pegangan lama, iaitu menentang hukum - hukum Islam dan Negara Islam, parti poltik dan organisasi itu tidak akan berjaya menyatukan orang Melayu.
Yakinlah, hanya dengan Islam orang Melayu akan bersatu secara ikhas dan kuat. – Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.