MENGGIGIL TUBUH MENGHADAPI 31 OGOS
Oleh: Mokhtar Petah
Saya kira, mungkin ramai orang tidak setuju, sebelum saya menceritakan pengalaman saya pada tahun – tahun menghadapi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, elok saya meminta semua golongan muda Melayu, menyedari, bahawa sejak kita banyak pembohonan dilakukan pada bidang sejarang bangsa Melayu berjuang menuntut kemerdekaan.
Banyak ‘pembohongan’ dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan semua media di bawahnya.
Saya menjelaskan segala kebenaran dalam sejarah kita.
PEJUANG – PEJUANG MELAYU
1 - Ibrahim Haji Yaakob (guru Melayu – Pahang). Pemimpin parti
politik Melayu pertama, Kesatuan Melayu Muda – KMM.
Beliau ada nasionalis Melayu dan kuat perpegang kepada
agama Islam.
2 - Sheikh Abdullah Fahim, ulama pelopor perjuangan
kemerdekaan umat Islam. Kerana harapkan UMNO
menubuhkan kerajaan Melayu dan Islam, beliau memegang
jawatan Pengerusi Jawatan Kuasa Khas agama Islam dalam
UMNO 1946 – 1951.Beliau meletakkan jawatan kerana para
pemimpin UMNO tidak berjuang seperti perjuanganya.
3 - Ustaz Abu Bakar al Baqir (Gunung Semanggul). Murid Sheikh
Abdullah Fahim. Pemimpin parti Islam pertama, Hizbul
Muslimin yang ditubuhkan pada Mei 1947. Dia pejuang
nasionalis Melayu dan Islam – mahu menubuhkan Negara
Islam.
4 - Dr Burhanuddin Helmi – nasionalis Melayu dan Islam.
Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya - PKMM yang
Ditubuhkan pada Oktober 1945, di Ipoh.
5 - Ishak Haji Muhammad – nasionalis Melayu dan fro sosialisme.
Naib Ketua PKMM.
6 - Ahmad Boestamam – nasionalis Melayu dan fro sosialisme.
Ketua badan pemuda di bawah PKMM, iaitu Angkatan
Pemuda Insaf – API.
7 - Dato’ Onn Jaafar – nasionalis Melayu, peodal, kapitalis dan
pro Inggeris. Penentang perjuangan kemerdekaan oleh Hizbul
Muslimin dan PKMM.
8 - Tunku Abdul Rahman Putra – nasionalis Melayu, peodal,
kapitalis dan pro Inggeris. Penentang penubuhan Negara
Islam.
9 - Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein – nasionalis Melayu,
peodal, kapitalis – pro Melayu dan sedikit anti Inggeris.
Menentang penubuhan Negara Islam.
PEMBOHONGAN TERHADAP SEJARAH
1 - Askar Melayu, termasuk Lpt Adnan, polis, polis ekstra, SC –
polis khas, kereta kebal, senjata dan sebagainya yang
ditunjukkan oleh Kementerian Penerangan dan media – media di
bawanya, bukan berjuang menuntut kemerdekaan. Mereka
mempertahankan penjajah Inggeris.
Polis khas di bawah pegawai Palestin – Yahdui Inggeis,
menjaga lombong bijih, ladanbg getah dan kepentingan kaptalis
dan penjajah Inggeris.
Apabila undang – undang darurat diistiharkan pada tahun 1948,
Dato’ Onn Ketua UMNO 1946 – 1951 dan sebagai pegawai
istimewa dalam kerajaan Inggeris, dengan arahan Inggeris,
beliau menda tangani perintah menangkap semua pejuang
kemerdekaan Melayu dalam Hisbul Muslimin dan PKMM.
Beratus – ratus orang di tahan dalam khemah – khemah tahanan
di seluruh Tanah Melayu.
(Bersambung pada esok pagi)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.