MAKSUD TUJUH AYAT BIDANG HUDUD
Orang – orang Arab dusun itu lebih keras kekafiran dan kemunafikan mereka, dan lebih patut tidak mengetahui batas – batas yang diturunkan Allah kepada Rasul (Muhammad s.a.w.) – Nya dan Allah itu Tahu dan Bijaksana. – Al Bara’ah: 97.
Orang – orang yang taubat (kepada Allah), orang – orang yang menyembah (Allah), orang – orang yang berpuasa, orang – orang yang ruku’, orang – orang yang sujud, orang – orang yang menyuruh mengerjakann perbuatan baik, orang – orang yang melarang mengerjakan kejahatan, dan orang – orang yang menjaga batasan (aturan) Allah, sampaikan berita gembira kepada mereka yang beriman. – Al Bara’ah: 112.
Dan sesiapa yang tidak sanggup (memerdekakan hamba – abdinya), maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut – turut, sebelum keduanya bersinggung satu sama lain. Dan sesiapa yang tidak sanggup (berpuasa), maka hendaklah memberi makanan kepada enam puluh (60) orang miskin. Demikian itu, agar kelian percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul (Muhammad s.a.w.) – Nya (Iaitu menjalankan hukum hudud atau oeragturan yang ditetap Allah dan Rasul –Nya). Itulah ketentuan (yang diatur oleh Allah. Dan mereka yang tidak beriman (kepada Allah dan Rasul (Muhammad s.a.w.) – Nya akan mendapat siksaan yang pedih. – Al Mujaddalah: 4.
Hai Nabi (panggilan ini titujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w., bererti kepada semua umat Islam), Kalau kalian menceraikan perempuan – perempuan (isteri – isteri), hendaklah kalian ceraikan pada waktu yang ditentukan (Iddah, ialah waktu atau masa seseorang isteri menanti sampai dia boleh bersuami dengan lelaki lain) dan hitunglah waktu yang ditentukan itu (iddah), dan takutlah (memenujhi kewajiban) kepada Allah. Janan mereka kelian keluarkan dari rumah mereka dan jangan (tidak boleh) mereka keluar sendiri, kecuali jika mereka melakukan perbuatan keji yang terang (selama dalam iddah perempuan itu mesti tetap tinggal di rumah suaminya, kecuali jika perempuan itu melakukan yang terang – terang melanggar kesopanan). Itulah hudud (batasan atau peraturan yang ditetapkan) Alla, dan sesiapa yang melampau- batasan – batasan Allah itu, sesungguhnya dia menginiayakan dirinya sendiri. Anda (Muhammad s.a.w.) tidak mengetahui, boleh jadi Allah mengadakan setelah itu kejadian yang baru(mungkin dalam iddah itu hati masing –masing berubah untuk baik kembali). –At Talaq: 1.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.