MELAYU JANGAN BERPECAH BELAH
Dato' Onn Jaafa rpemimpin kebangsaan Melayu,
Tunku Abdul Rahman berakitsama ke hulu,
Tun Abdul Razak pejuang utamakan bangsa,
Melayu bangsa penguasa watan,
Cina dan India rakyat setia keturunan pendatang.
Semangat perjuangan Sheikh Abdullah Fahim,
Membara dalam dada Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
Di Gunung Semanggul lahir Hizabul Muslimin,
Melayu bangsa besardi bumi bertuah,
"Melayu tetap selamat dalam negara Islam," madahnya.
Dr Buhanuddin pejuang bangsa dan Islam,
Ishak Haji Muhammad langkah derap bersama,
Ahmad Boestamam pembela bangsa kita,
Shamsiah Fakeh serikandi bermaruah,
Tanah Melayu, bangsa Melayu dan Islam agama
negara.
PKMM -Parti kebangsaan Melayu Malaya,
API – Angkatan Pemuda Insaf,
AWAS – Angkata Wanita Sedar,
Landasan dan medan perjuangan,
Inggeris bersama Dato' Onn pemusnah semua.
Darurat 1948, Onn ketua UMNO,
Kuasanya bersama Inggeris,
Ustaz Abu Bakar Al Baqir,
Ishak Haji Muhammad,
Ahmad Boestamanbersama ratusan pejuang bangsa.
Mereka ditangkap seperti haiwan,
Dibelengku dalam puluhan khemah tahanan,
Onn Jaafar dan Tunku hapuskancita – cita bangsa,
Satu negara, NegaraMelayu,
Satu bangsa, satu bahasa– bangsa dan bahasa Melayu,
Agama Islam, Agama Negara.
Sepanjang Ramadhan ini Melayu dan ummah berdoa,
Kembalikan kekuatan bangsa Melayu,
Islam menjamin kuasakita,
Semua pemimpin Melayu carilah Allah,
'Bersatulah dan jangan berpecah belah'.
Institut Jantung Negara ........ Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.