KHOO CHONG KONG DITEMBAK PENGGANAS KOMUNIS DI IPOH
Saya tertarikh hati dengan Mezium Negara mengenangbeberapa tokoh pejuang, di antaranya Ketua Polis Kontijen Negeri Perak,
mendiang, Tan Sri Khoo Chong Kong.
Berikut ini saya siarkan sekali lagi tulisan saya dalambuku krangan saya yang belum terbit, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,
sebagai mengenang mendiang tersebut dan menambahpengetahuan untuk Mezium Negara mengenai mendiang tersebut. – Mokhtar Petah
Pada petang 11 November 1975, saya telah bertemu danbercakap dengan Ketua Polis Kontinjen Negeri Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong, diIpoh Club. Percakapan kami mengenai pergolakan politik di negeri Perak, ancaman pengganas komunismasih berlarutan, pembangunan rakyat dan beberapa perkara yang menyeronokkan.Khoo telah meminta semua percakapan kami itu di 'off the record'kankerana sebab-sebab tertentu.
Antarapendapat-pendapat Khoo Chong Kong yangmasih aku ingat, ialah:
+ Mengenaiperpaduan rakyat; selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas menerima bahasaMelayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakakanbahasa mereka, maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan sempurna.
+ Agama Islam mestilah diterima sebgai agamanegara, dan hukum-hukumnya dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskanperlembagaan mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam agama rasmi negarahendaklah diberi fahaman kepada semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduanantara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh.
+ Tidak ada carayang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman komunis, melainkandengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandardan pinggir bandar.
+ Kerajaan Pusatdan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalaudibiarkan amalan rasuah berleluasa di kalangan para pegawai, kakitangankerajaan dan mereka yang berkecimpungdalam arena politik.
+ Untukmeninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalangkemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusifilem, televisyen dan media cetak.
Hanya berselang sehari semalam, iaitu pada waktu lepasmakan tengah hari pada 13 November 1975, Khoo Chong Kong telah mati ditembakoleh dua orang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menunggang motosikal,di garisan lampu isyarat simpang Fair Park dengan Jalan Anderson, dalam BandarIpoh. Turut terbunuh, pengiringnya, Sarjan Yeung Peng Chong dan pemandukeretanya.
Sebelum berkhidmatdalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Khoo Chong Kong adalah bekas aktivis PartiKomunis Sarawak (PKS). Sebelum menyertai pasukan polis, dia telah menyerah dirikepada pihak berkuasa.
Keberanian dankebodohan seseorang ada kalannya memberi guna kepadanya. Begitu jugalah sayadengan keberanian dan kebodohanku. Saya ditakdirkan Allah tidak mengalamisebarang kejadian buruk di negara orang, maka hidup hingga kini. Tetapi sayabangga, kerana langkah berani dan bodohku itu telah menjadi catatan manis dalan'sejarah hidup'ku.
Pada penghujung bulan12 Jun 1975, dengan tidak memberitahukeluargaku, saya telah mengikuti enam orang pegawai tentera Amerika Syarikatdalam sebuah kapal terbang Tentera Udara – US Air Force yang telahterbang dari Lapangan Terbang Tentera Udara, Matang Kuching, Pulau Pinang, ke Vietnam Selatan.
Turut bersama kamidalam kapal terbang itu, dua orang Melayu peniaga ikan sepat kering dari daerahKerian, Perak, Tarmizi dan Zainuddin. Mereka membawa ikan sepat kering keVietnam Selatan.
Aku telah pergi keVietnam Selatan setelah aku bercakap dengan seorang Pegawai Tentera Amerika, diIpoh pada 8 Jun 1975. Dia fasih bercakap bahasa Indonesia. Dalam percakapanitu, aku telah mengecam tindakan pemimpin-pemimpin Amerika Syarikat yang telahmenghantar 400,000 anggota tenteranya ke Vietnam Selatan semata-mata untukmembunuh umat manusia di sana. Kebanyakan anggota tentera itu terdiri daripemuda-pemuda lepasan institusi-institusi pengajian tinggi di sana.
Pegawai tentera iturasa tercabar, apabila saya berkata kepadanya, Amerika mempunyai tujuanmenjajah, bukan untuk mewujud keamanan dunia dan Amerika tidak akan mencapaikemenangan dengan gerila-gerila komunis, kerana penganut-penganut komunismelebih tegar dari mereka yang menganut kapitalisme.
Pegawai tenteraAmerika itu telah menjemput aku ke Vietnam Selatan. Dia mahu aku melihatsendiri akan kejayaan tentera-tentera Amerika memerangi gerila-gerila Viatcong.Saya setuju pergi ke Vietnam sebagai 'pemerhati perang'.
Aku telah pergi keVietnam Selatan dengan tidak ada sebarang jaminan keselamatan atas diriku dantidak ada insuran untuk membayar pampasan kepada warisku jika saya terbunuh disana. Hanya berharapkan kepada pihak tentera Amerika Syarikat yang akan menguruskanmayatku, sekiranya saya terbunuh di sana, dan membayar sagu hati kepadakeluargaku.
Hingga aku menulisbuku ini, isteri dan anak-anakku tidak mengetahui aku telah pergi ke Vietnan,kerana saya telah merahsiakan sebelum aku pergi dan setelah aku pulang darisana.
Di Vietnam Selatan,aku bersama tiga orang wartawan yang datang ke sana, seorang dari Indonesia,seorang dari Filipina dan seorang lagi dari Thailand tinggal dalam khemahtentera, di Bandar Saigon( Ho Chi Minh). Kami tidak mengikuti oprasi tenteraseperti warrtawan-wartawan perang di sana.
Selama tiga harikami di sana, kami telah dibawa dengan helikopter ke khemah tentera Amerika diQuy Nhon dan Cam Ranh. Dalam khemah-khemah tentera itu kami telah diterangkanoleh pegawai-pegawai tentera Amerika mengenai kejayaan semua oprasi tenteraAmerika di sana. Mereka mencapai kejayaan besas memerangi gerila-gerilaVietcong. Sebagai biasa pegawai-pegawai tentera itu telah memuji negara merekayang mengajar manusia hidup secara demoakrasi dan berpeikemanusiaan.
Selama berada diVietnam, aku telah sarat dengan propaganda Amerika. Tetapi aku tidak mengubahpandanganku, bahawa Amerika Syarikat tidak mempunyai belas kasihan kepada umatmanusia dan lebih mementingkan diri mereka sendiri. Mereka ketawa dengankekayaan atas timbunan manusia yang telah mati.
Sehari sebelumpulang ke tanahair, kami telah dibawa melawat ke khemah tentera Amerika dibandar Saigon. Seorang jururawat (perempuan) Vietnam yang fasih berbahasaMelayu, pada waktu bercakap denganku, dia berharap perang Vietnam segera tamatkerana dia terpaksa merawat manusia-manusia yang mati dan cedera telahmenimbulkan kesan buruk dalam dirinya.
"Mereka (tenteraAmerika) tidak ada belas kasihan, perempuan, orang tua dan kanak-kanak merekabunuh,"katanya.
"Mereka menuduhpihak Vietcong pengganas dan zalim, tetapi merekalah penjahat dan palingzalim,"tambahnya.
Janji Allah; ajalmanusia di tangan-Nya. Tiada makhluk yang boleh mendahului atau mengakhiriwaktu mati atau ajal. Aku telah mengalami 'belum ajal berpantang mati', iaitu,pada malam meraikan aku dan beberapa orang wartawan-wartawan dari Indonesia,Thailand, India, Australia dan Filipina yang akan meninggalkan Vietnam Selatandan pulang ke negara masing-masing.
Aku bersama bersamadua orang wartawan lagi, telah terlewat keluar dari khemah tentera tempat kamitinggal itu, kerana sebelah kasutku telah dilarikan oleh seekor anjing renek –anjing kecil dan berbulu lebat -, ke tepi pagar kira-kira 300 meter dari khemahtempat aku tinggal. Setelah kasut aku itu dijumpai oleh seorang askarAmerika(kulit hitam), maka kami telah menaiki sebuah kenderaan tentara danpergi ke tempat jamuan itu. Tiba-tiba suara dari telefon pegawai tentera yangduduk di bangku hadapan memberitahu tempat jamuan itu telah kena bom. Kamitidak pergi ke sana.
Kami mendapatkhabar kemudiannya, lebih dua lima orang pegawai tentera Amerika Syarikat danAustralia bersama beberapa perempuan – penari dan pelacur Vietnam telahterbunuh dan ramai yang telah cedera. Kejadian itu telah berlaku kerana sebutirbom Molotove coctail yang terpasang pada badan salah seorang perempuanlacur yang menjadi agen gerila Vietcongmeletup.
Allah Maha Kuasa,disebabkan anjing telah melarikan kasutku, kami lewat datang ke tempat jamuanitu. Kalau tidak disebabkan anjing itu, kami telah lebih awal tiba ke sana.Mungkin aku dan wartawan-wartawan lain terbunuh di sana.
Aku telah dihantarpulang ke Lapangan Tebang Tentera Udara Matang Kucing, Pulau Pinang, pada hariyang keempat.
Aku tidak menulisrencana mengenai lawatanku ke Vietnam kerana sebab-sebab tertentu. Sebagaikenang-kenangan 'kebodohanku', aku telah menulis sebuah novel berjudul'Detik-Detik Perpisahan'. Novel itu telah diterbitkan Penerbit Tra-Tra,Petaling Jaya pada tahun 1987.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.