DIALOG SULTAN PERAK
DENGAN
DIALOG SAYA
Oleh: Mokhtar Petah
Pada satu petang di Kuala Lumpur.
“Hello, Mr President ...”
Dua puntung tangan Raja Melayu dan dua puntung tangan bekas pemimpin sebuah parti politik yang amat ditakuti penjajah Inggeris, bertaut erat, empat mata bertemu dengan sinat mersar dan dua pasang bibir mengorak senyum.
Dua tubuh insane yang darjat masing masing berbeza, erat dalam pelukan mesra tandu baru bertemu setelah lama merindu.
Peristiwa masis itu masih mesra dalam minda saya. Peristiwa itu telah berlaku pada tahun 1978, di Istana Perak, Kuala Lumpur.
TERLERAI DARI PELUKAN
Sultan Idris dengan wajah yang tulus memanggil Allah yarham Ishak Haji Muhammad – Pak Sako -, Mr President dan suara baginda itu mengejutkan saya yang sedang berdiri di sisi tokoh penting tanah air itu.
“Ap habor, abang?” Sultan Idris Shah bertanya kepada Ishak Haji Muhammad sebaik – baik sahaja tubuh mereka terlerai dari pelukan.
“Baik ..., orang dah tua, macam nilah ...,” jawab Ishak Haji Muhammad dan senhyum masih panjang dan masih lebar.
Setelah Sutlan Idris Shah mempersilakan Ishak Haji Muhammad duduk, Ishak melabuhkan punggungnya atas sofa di hadapan Sultan Idris Shah. Saya duduk antara bapa tiri Sultan Idris Shah, Tengku Adlan Adil dengan Ishak Haji Muhammad.
Tengku Adlan Adil adalah ahli musik dari Medan, Indonesia.
PEMIMPIN PARTI KEBANGSAAN
Majlis kecil dan bersifat diraja itu menjadikan saya berasa kagum, kerana Sultan Idris Shah amat menghormati bekas pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya itu.
“Aku dapat tau, mike ni, bukan main lagi ..., orang – orang poltik kecut perut ...,”kata Ishak Haji Muhammad kepada Sultan Idris Shah.
“Kena begitu, abang ..., deme tu, kalau saya tka buat macam tu, tak gheti bahase ...,” titah Sultan Idris Shah dan merenung wajah saya.
“ ... ni ha, penulis ni (menunjuk dengan tangan kanan kepada saya), tau hal deme tu ... kalau saya bior saje, kepala saya dipijaknye ...,” titah Sultan Idris Shah.
Pada waktu itu,dalam kepala saya tersumbat oleh kehairanan tentang mengapa Ishak Haji Muhammad tidak membahasakan dirinya dengan ganti nama ‘patik’ pada ketika bercakap dengan Sultan Idris Shah dan sultan pula memanggilnya ‘abang’ dan membahasakan dirinya saya.
“Orang tua ni ahli bahasa, tahu adat istiadat Raja – raja Melayu, tapi tak gunakan ganti nama patik ”, hatgi saya berkata.
“Manusia ni, bukan mike tak tau, kalau dah ada pangkast, ada nama..., ada kedudukan, kadang – kadang ibu bapa dan Tuhan dilanggarnya,” kata Ishak Haji Muhammad.
“Saya tu, bukan apa abang, kalau dibiorkan deme tu ..., rakyat saya tak tentu hala ..., janji sini, janji sana, tapi ghakyat saya jilat jari guga ...,” titah Sultan Isdris Shah.
“Dah jadi Sultan, kenalah tengok – tengok rakyat, jangan mike biarkan ..., rakyat ni, bukan mika tak tau, kalau dah terlalu menderita, mereka tu tak kenal Rajakah, Sultahkah ..., menterikah ...,” kata Ishak Haji Muhammad. Selamba.
“Tu, saya tau, abang, sebab tule saya tak biorkan oghang – oghang politik buat tak tentu kepada ghakyat saya ...,” sahut Sultan Idrtis Shah.
RUMAH DINDING BERLUBANG
Sebentar kemudiana minuman dan makanan lazat dihidangkan oleh kundang istana atas meja makan.Sambil menikmati makanan, kami bercakap – cakap mengenai beberapa hal – politik, ekonomi, kebudayaan dan hal – hal luar Negara.
Keadaan dan nasib orang – orang kampung yang hidup dalam rumah dinding berlubang – lubang dan atap bocor di sana sini telah menjadi topic menarik dalam percakapan kami.
“Rakyat yang paling miskin, rakyat Negeri Perak,” kata Ishak Haji Muhammad.
“Benor ...,”sahut Sultan Idris Shah.
“ ... jangan biarkan, Perak banhyak kawasan balak, bijih timah, getah, macam – macam lagi, ngapa rakyat miskin?” Ishak Haji Muhammad bertanya dan menjawabnya pula.
“Kerana orang – orang kerajaan lebih pentingkan orang – orang kaya dari bangsa lain, orang Melayu jadi macam ayam lapar dalam kepok padi ...”
Percakapan kami diselang seli dengan ketawa.
“Pak Sako ni,kalau tak keghana UMNO bekegheja sama dengan oghang putih menentgangnya, haramkan partinya, dia dah jadi presiden Malaya ...,”titah Sultan Idris Shah.
“Cerita lama tu ...,”sambu Ishak Haji Muhammad..
“Ialah ..., tapi jadi catatan sejaghah bangsa Melayu ...,” titiah Sultan Idris Shah.
Ishak Haji Muhammad senyum dan menjuihkan bibir bawahnya.
“Bila, Mokhtar Petah, you tentu ingat ...,” Sultan Idris bertanya kepada saya.
“Dalam mesyuarat agung UMNO kali kedua, di Ipoh, pada 29 dan 30 Jun 1946 ..., almarhum Sultan Abdul Aziz yang merasmikan mesyuarat itu,”jawab saya.
Ishak Haji Muhammad senyum sambil merenung wajah saya. Kemudian, senyumannya berpindah kepada wajah Sultan Idris Shah.
“Kami bawa cadangan, mahukan bendera UMNO merah putih, Raja – Raja Melayu biar jadi raja di bawah perlembagaan, tapi UMNO tak mau, tuduh kami nak buang Raja Melayu – PKMM kononnya nak serahkan Tanah Melayu kepada Presiden Soakarno,” kata Ishak Haji Muhammad.
“Dah tu, keluarle ...?” Tanya Sultan Idris Shah.
“ ....apa tunggu lagi, aku dan Boestamam keluarlah ..., semenjak itu PKMM berpecah dasri UMNO,”jelas Ishak Haji Muhammad.
(Bersambung pda Rabu depan).
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.