Mokhtar Petah
---- kita sama - sama fikir ----
|
HARI-HARI pertama tugas Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri mendapat perhatian dalam kalangan penulis blog termasuk para penulis blog pemimpin dan mereka yang propembangkang. Antaranya ialah Mokhtar Petah (mokhtarpetah.blogspot.com) yang menilai langkah Perdana Menteri membuat lawatan mengejut ke tiga kawasan tumpuan rakyat kecil mengingatkan beliau kepada bekas Presiden Indonesia, Soekarno. Penulis juga membandingkan Najib dengan bapanya, Tun Abdul Razak. "Najib macam bapanya. Bukan tidak percaya kepada para menteri dan pegawainya, tetapi mahu melihat sendiri apakah di bawah permaidani ada sampah yang baru disapu orang ke bawahnya," tulis beliau. Katanya, beliau yakin jika Najib terus mengadakan lawatan mengejut di manamana dari semasa ke semasa, ia akan dapat menghapuskan kepura-puraan wakil rakyat dan pegawai kerajaan yang menyapu sampah di bawah permaidani. Tambah beliau, apabila Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke satu-satu kawasan, rakyat biasa tidak berpeluang menemui pemimpin mereka untuk menyampaikan masalah kerana dikelilingi oleh para menteri dan pegawai tinggi kerajaan. "Apabila Perdana Menteri mengajukan pertanyaan kepada mereka tentang masalah rakyat di tempat tersebut, jawapan mereka, "OK, baik, bagus..., tak ada masalah YAB." "Setelah Perdana Menteri meninggalkan kawasan itu, sampah bawah permaidani bersepah semula dan masalah orang ramai masih kusut atau tidak selesai juga," tulisnya. Kelolaan LUKMAN ISMAIL Sumber :Utusan Online |
SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam usaha memperkasakan lagi pegawai terutama daripada golongan Cina untuk menyertainya sebagai penguasa atau penolong penguasa.
(Harakah)
ZAKAT
Tabung Haji (TH) Kelantan telah mengeluarkan zakat perniagaan sejumlah RM2,903,914 bagi pihak pendeposit di negeri ini kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan - Maik - , semalam.
Pengarahnya, Abu Bakar Yusoff, memberitahu, bahawa zakat yang dikeluarkan hasil keuntungan perniagaan sepanjang tahun lalu yang dijalankan Tabung Haji.
SULTAN SELANGOR
Perlembagaan menetapkan Sultan tidak boleh mengeluarkan perintah secara terus, sebaliknya disalurkan melalui Majlis Agama Islam negeri terlebih dahulu dan bermesyuarat sebelum mewartakan keputusan itu sebagai peraturan sah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.