Friday, May 21, 2010

PERISTIWA DAN KITA

Mokhtar Petah


-----kita sama - sama fikir ----


BANTAH JUDI

Sekurang-kurangnya 1000 Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia Jun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah 11, Ipoh selepas solat Jumaat tengahari tadi.
Himpunan bantahan tersebut telah dianjurkan oleh Pemuda PAS Perak dan turut disokong beberpa badan bukan kerajaan NGO lain..
Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Timbalan Pengerusi PKR Perak, Dr Lee Boon Chye, Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan, Ketua Angkatan Muda PKR Perak, Abdul Yunus Jamhari, dan Yang Dipertua ABIM Perak, Haji Suhaimi Latip.
Pimpinan Pemuda Pemuda PAS Perak; pimpinan Angkatan Muda PKR Perak dan pimpinan Badan Bukan Kerajaan antara yang turut bersama dalam himpunan tersebut.

Bagaimanapun pimpinan Pemuda Umno dan yang lain tidak hadir beiarpun jemputan rasmi oleh Pemuda PAS Perak dibuat sebelum ini.

Menurut penganjur, himpunan bagaimanapun sedikit terganggu apabila pihak Polis mengarahkan agar himpunan tersebut di hentikan.

Beberpa pergelutan juga dilaporkan berlakusewaktu pihak polis cuba menyuraikan peserta himpunan.
Bantahan kemudiannya bersurai secara aman sekitar jam 2.30 tadi tanpa sebarang tangkapan dibuat.
(Harakah Online).

RESIT PALSU

Polis mematahkan kegiatan satu kumpulan menjual resit palsu bagi bayaran tol untuk perjalanan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan.
Dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Taman Keramat Permai di sini pada Isnin lepas, polis menahan dua pemandu lori rakyat tempatan dan seorang wanita warga negara Indonesia yang dipercayai terlibat, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat di sini, hari ini.
"Serbuan itu dibuat hasil maklumat orang ramai dan risikan polis sejak beberapa minggu lepas," katanya.
Beliau berkata, polis merampas pelbagai peralatan untuk menghasilkan tiket palsu antaranya set komputer, mesin pencetak, gelung kertas cetakan lebuh raya PLUS, catatan yang mengandungi maklumat kenderaan, pelbagai resit dan wang tunai RM500.
Shafien berkata, kebanyakan pelanggan kumpulan itu adalah pemandu lori yang menggunakan resit berkenaan untuk membuat tuntutan bayaran daripada majikan masing-masing.
"Pemandu lori yang terlibat dengan sindiket ini tidak melalui lebuh raya sebaliknya menggunakan jalan lama dan membeli resit palsu itu," katanya.
Shafien berkata, siasatan mendapati kumpulan berkenaan telah beroperasi sejak 14 bulan lepas dan mengaut keuntungan RM400 sehari.
(Bernama)

BOLEH SIASAT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh meneruskan amalannya sedia ada menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat, demikian diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam.
Mahkamah Persekutuan membuat keputusan itu selepas menolak rayuan anggota Majlis Perbandaran Kajang Tan Boon Wah dan memerintahkannya membayar kos RM20,000 kepada SPRM.(Berita Harian)

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.