Friday, April 9, 2010

PERISTIWA DAN KITA


CATATAN


mokhtar petah


----------kita sama - sama fikir ............


AMARAN
Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan mengingatkan semua ahli politik supaya tidak mempolitikkan isu keselamatan negara untuk menarik perhatian rakyat.
Beliau berkata isu berkaitan keselamatan negara bukan satu isu yang boleh dipolitikkan untuk meraih sokongan rakyat kerana ia merupakan satu isu sensitif yang boleh mengancam kesejahteraan negara.

MENTERI BESAR NAFI
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman menafikan dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan negeri akan muflis pada 2012 berikutan menanggung beban hutang yang besar, dan menganggapnya sebagai tuduhan yang amat jahat.

Beliau berkata, tuduhan berkenaan didalangi Pas dan DAP, yang kini membawa isu berkenaan pada kempen jelajah mereka bagi mempengaruhi sentimen rakyat negeri ini.

UMNO DAN APCO
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar akan tetap membangkitkan kaitan antara kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Umno dan APCO Worldwide demi kepentingan masa hadapan negara ini.

GADIS DI PUCHONG SELAMT
Seorang gadis Cina dari satu kawasan di negara Cina, telah datang ke Puchong, Selangor, untuk bekerja tukang urut, terasa hidup seperti dalam syurga, kerana mudah mendapat wang dan tidak dapat dihidu oleh pihak berkuasa.
"Saya datang dengan kapal terbang, dibayar oleh seorang lelaki kawan kakak saya, sampai di KLIA, saya di bawah ke Puchong, bekerja tukang urut di sebuah rumah sulit," ceritanya dalam bahasa Cina dengan diterjemahkan oleh rakannya.
"Ramai kawan saya di Cina hendak datang kerja di sini, ....kerja mudah, wang dapat banyak,"tambahnya.

PARLIMEN
Apabila saya mempelajari sains politik, saya difahamkan Dewan Parlimen, adalah gedung para politikus, ilmuan, cedekiawan dan manusia - manusia bermaruah tinggi. Di beberapa negara, termasuk Malaysia, Dewan Parlimnen telah dinodai oleh individu - indvidu yang mebelakangkan kecendekiawan dan moral masing dengan menghambutkan kata - kata yang tidak baik dan mereka memalukan tindak tanduk seperti samsing jalanan.
Dewan Parlimen Malaysia, telah dicemarkan oleh beberapa orang anggota dari parti - parti pembangkang dan parti - partgi yang mengawal kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.