ORANG BESAR
Kami adakan dalam tiap – tiap negeri Orang – Orang Besar yang jahat, agar mereka melakukan tipu daya di negeri itu, pada hal, tidaklah mereka memoperdayakan, salain dari (memperdayakan) diri mereka sendiri (kerana merekalah yang akan menerima akibatnya dari perbuatan jahat itu), sedang mereka tidak menyedarinya.
– Al An’aam: 123
HADIS
DIDIK ANAK
Nabi Muhammad s.a.w. menasihatkan umat Islam: Didiklah (beri pengetahauai duniawi dan ukrawi) anak –anak kalian, kerana mereka itu dijdikan manusia - manusia untuk menghadapi zaman yang bukan zaman kalian.
– Perawi: At Tarmizi
PETUA
PEEMPUAN SOLEHAH
Jika anda rasa (fikir) diri anda seorang perempuan solehah, maka taatkan Allah sebagai pencipta anda. Dan taatkan suami anda selagi tindak tanduk dan kehendaknya tidak berlawanan dengan hukum Islam, kerana suami anda adalah manusia yang memberi anda nikmat dan kebahagiaan yang halal, di sisi Islam dengan pertolongan dan keredaan Allah.
TAHUKAH?
BISIK
Setiap Raja Melayu, setelah melakukan istiadat pertabalan, ada seorang Orang Besar – ada kalanya mufti -, telah membisikkan ketelinga mereka dengan madah, “ Kamu hamba Allah, taatkan Allah, pegang amanah Allah dan jangan zalim kepada rakyat kamu!” . Tetapi pada pandangan orang – orang yang kuat kepercayaan kepada kebudayaan Hindu, mengatakan, bisik itu adalah bisik rahsia, dari dewa – dewan.Dant idak boleh diberitahu kepada rakya telata.
Nota: Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris Shah memaklumkan kepada saya demikian.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.