Hazayani Zakaria | ||
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan agar Ahi Parlimen PR menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta satu siasatan dijalankan ke atas penglibatan Apco Worldwide dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia. Beliau turut mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil Apco sebagai penasihat kepada pentadbiran negara. "Saya mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta Majlis Raja-Raja Melayu meneliti perkara ini. "Kenapa kerajaan perlu mengambil khidmat syarikat antarabangsa yang terlibat dengan rejim zionis, sedangkan banyak lagi syarikat antarabangsa mahupun tempatan yang boleh menjadi jururunding," katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari ini. Anwar sebelum ini, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan ‘One Israel'. ------------- Pelancong ke Kelantan boleh ikuti kelas agama
(Berita ini diambil dari Harakah Daily online, 22 Mac 2010) |
Monday, March 22, 2010
BERITA
Apco Worldwide: PAS cadang hantar memo kepada Raja-Raja
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.