Saturday, February 20, 2010

SAJAK



MELAYU RAYA


Melayu bangsa agung.

Wujud dalam benua ’Nusantara’,

Sekitar Champa, Maroke hingga ke Filipina,

Gabung semua suku kaum sebangsa.



’Melayu Raya’,

Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad,

Sukarno dan Makapagal,

Mengagungkannya rantau politik bebas.



’Melayu Raya’,

Tanpa tekanan dan pengaruh penjajahan,

Dik ’tangan besi’ laksana ara di dahan pohonan,

Dahan patah, runtuh dan hilang.



Melayu dipecahkan berbilang penjajah,

Terbahagi benua berbagai negara,

Melayu satu jua,

Bangsa berdaulat di dunia.



Pulau Meranti .......... Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.