Thursday, February 18, 2010


HILIR MUDIK

Jangan anda terpengaruh kerana melihat orang – orang kafir (tidak beriman kepada Allah dan menolak hukum - hukum Allah) itu hilir mudik dalam negeri (anda).

Kesenangan yang sebentar – mereka nikmati - , kemudian – disediakan – tempat dia mereka (dalam) neraka jahannam, dan itulah tempat tinggal yang amat buruk. – Ali Imran:196, 197.




HADIS


KATAKAN YANG BENAR


Nabi Muhammad s.a.w. beramanah: Katakan dengan hak (apa yang sebenarnya), walaupun rasanya pahit atau berat. – Perawi: Ibnu Habban.




PETUA


SENYUMAN

Senyuman seseorang wanita itu ada dua jenis, iaitu senyum laksana bunga mawar kembang pagi, menyeronok atau membahagiankan, atau seperti bunga beracun, menjadikan seseorang terpengaruh dengan senyuman itu menderita. Oleh itu jangan anda lekas perpengaruh dengan senyum wanita.



TAHUKAH?


USAHA JATUHKAN ABDULLA BADAWI


Allah yarham Dato’ Haji Ahmad bin Haji Abdullah atau Haji Ahmd Badawi, adalah naib ketua Pemuda UMNO Malaya, iaitu dibawah ketua, Saadomn Haji Zubir. Pada masa Allah yarham memegang jawatan ahli Dewan Undangan Negeri (Kepala Batas), beliau telah beberapa kali dicuba oleh rakan – rakan sepeerjuangan di tempatnya, untuk menjatuhkannya. Tetapi keana bijaksana dan diplomasinya, dia telah berjaya mamatahkan percuabaan mereka itu.

Sekarang, percubaan seperti itu sedang dilakukan oleh beberapa orang, di Kepala Batas, untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dari kedudukannya sebagai Ketua UMNO bahagian Kepala Batas dan ahli Dewan Rakyat kawasan tersebut. Orang- orang itu terdiri dari mereka yang setia kepadanya pada masa beliau berkedudukan tinggi.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.