SEBUAH PENGAKUAN
Pengakuan, sdebuah pengakuan Cuma,
Mulianya dari segala,
Cinta agung,
Murni sifatnya,
Mursyid takrifnya.
Cinta hamba kepada Allah,
Cinta hamba kepada hamba,
Cinta lelaki kepada wanita,
Cinta wanita kepada kekasihnya.
Jujur, sejujur kurniaan Allah.
Semua cinta menuntut pengakuan,
Jauhkan prasangka dan keraguan,
Hendarkan rasa dengki,
Jauhkan kecil hati.
Cinta Allah Maha luasnya.
Cinta dari sebuah cinta,
Jika ujian sukar didadakan,
Lalu hati dibalut kesumat,
Kejian dan cacian jadi ratib.
Laksana si gila di hutan belentara.
Insan kesumat hati,
Tidak upaya berpaut pada tiang cinta,
Jauhkan diri dari cinta,
Kerana kera dihutan menghargai cinta.
Cinta siput di dasar laut luhur nyata.
Pinggiran Putra ........ Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.