Sunday, January 31, 2010

QURAN, HADIS DAN LAIN

MALAPETAKA

Tidak akan terjadi mala petaka (banjir, kebakaran, gempa bumi dan sebagainya), melainkan dengan izin (kehendak) Allah. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, akan dipimpin hatinya (kepada kebenaran). Allah Maha Tahu terhdap segala-galanya. – At Taghabun:11



HADIS

KAKI KAMBING

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Jika saya dijemput untuk menghadiri jamuan kaki (kambing) bawah atau kaki (kambing) atas – ertinya makanan yang yang tidak mahal harganya atau mahal harganya -, nescaya saya akan menghadirinya. Juga andainya saya diberi hadiah kaki (kambing) yang atas atau kaki (kambing) yang bawah, saya akan menerimanya. – Perawi: Imam Bukhari.



PETUA

TUNAI JANJI

Orang yanhg paling mulia di sisi Allah, rasul – rasul – Nya dan umat manusia, ialah yang menunaikan janji. Dan pemimpinh negara yang mulia dan dihormati rakyat yang menunaikan janji yang termeterai dalam kerajaan, jika dia tidak menunaikannya, dia adalah dari golongan orang – orang munafik. Kepimpinannya tiask diredai oleh Allah.

TAHUKAH

SULTAN MELAKA

Jika negara ini akan terus memopertahankan monarki – kerajaan beraja, dan untuk kembali kepada kekuatan sejarah bangsa, Melayu, maka Negeri Melaka hendaklah diwujudkan kerajaan ber’Raja’ - sultan. Raja Melaka boleh dipilih dari keturunan Sultan Mahmud Melaka dan putranya, Sultan Muzaffar yang diangkat menjadi Sultan pertama Negeri Perak.



NOKTAH HIDUP


PEREMPUAN MULIA

Perempuan ini tidak pernah mengumpat dan menghina orang. Dia mengajar kanak – kanak mengaji Quran, menjadi bidan dan banyak menolong jiran tetangganya. Pada akhir usianya; dia meninggal dunia pada ketika dia mengakhiri salamnya.

10 tahun kemudian, kuburnya digali orang bersama lebih 300 kubur lain, mayatnya masih berbalut dengan kain kapan, yakni tidak reput. Semua kuku jejari sepasang tangannya panjang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.