BALASAN ALLAH
Hai hamba – hamba – Ku yang beriman! Sesungguhnya bumi – Ku ialah luas (untuk kalian bebas beramal ibadat); oleh itu di mana sahaja kalian dapat mengamalkan demikian) hendaklah kalian beramal ibadat yang ikhlas kepada – Ku.
Tiap – tiap yang bernyawa (pasti) merasai mati, kemudian kalian akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).
Dan mereka yang beriman dan beramal solih, Kami akan menempatkan mereka dalam mahligai di syurga yang mengalir beberapa batang sungai di bawahnya. Mereka kekal di dalamnya. Demikianlah sebaik – baik balasan bagi mereka yang beramal solih: Al Ankabut:56 – 58
HADIS
HARTA ALLAH
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Sesungguhnya, terdapat beberapa orang yang membelanjakan harta Allah –harta milik umat Islam – tanpa dasar kebenaran, maka, bagi mereka itu adalah neraka pada hari kiamat.
Perawi: Imam Bukhari.
Nota: Minyak dan gas milik Patronas termasuk harta Allah,
iaitu harta umat Islam.
PETUA
MEMILIH PEMIMPIN
Setiap orang mukmin yang hendak memilih seseorang untuk menjadi pemimpin masyarakat, organisasi dan orang ramai, iaitu dari umat Islam, hendaklah mengambil kira pada 10 perkara: 1 – Pengetahuan Islam dan pengetahuan lain. 2 – Beriman (lihat dari amalannya, termasuk sembahyang dan puasa), 3 – Amaman, 4 – Akhlak atau budi pekerti, 5 – Tidak bersumpah palsu, 6 – Tidak takbur, 7 – Tidak menunjuk – nunjuk akan kepandaian dan hartanya, 8 – Menghormati orang tua dan menyanyangi kanak – kanak, 9 – Tidak meminta atau menawarkan dirinya untuk menjadi pemimpin, dan 10 – Menyayangi isteri dan sanggup berpoligami.
TAHUKAH?
PETJANJIAN
Semua pengakuan bertulis dalam perjanjian Patronas dengan kerajaan – kerajaan negeri adalah muktamad dan termasuk dalam kaedah perjanjian dalam Islam dan mesti ditunaikan. Jika tidak dilaksanakan janji itu, maka pemimpin (Yang DiPertuan Agong dan Perdana Menteri) yang bertanggungjawab atas Patronas dan negara, termasuk dalam golongan orang munafik.
NOKTAH HIDUP
DOSA
Lelaki ini sedang menanti saat – saat malaikat maut mengambil nyawanya, dia tidak mengucap shahadah, tetapi dia meminta arak dan menyebut beberapam nama arak. Lelaki ini adalah sial sepanjang hidupnya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.