Thursday, December 24, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

SYAFA’AT

Mereka tidak berhak mendapat syafaat (pembelaan oleh Allah dan Nabi Muhamma s.a.w.), kecuali orang – orang yang telah mengadakan perjanjian (melaksanakan perintah Allah dengan iman dan takwa) di sisi Ar Rahman (Allah). – Maryam:87



HADIS

BERDUSTA

Telah cukup seseorang itu di anggap(nyata) berdusta apa bila dia menceritakan senmua (kejadian atau cerita) yang didengarnya.

Perawi: Imam Muslim dan Al Hakim.



PETUA

LAKNAT ALLAH

Orang ramai dari umat Islam, mestilah hatilah hati – hati memilih pemimpin dan mengikut pemimpin, kerana jika tidak hati – hati, mereka akan menerima akibat, iaitu bala atau laknat Allah bersama pemimpin itu. Iaitu individu: 1 – Tidak beiman kepada Allah, 2 – Tidak melaksanakan hukum – hukumdalam Quran, 3 – Tidak menunaikan perjanjian termeterai, 4 – Tidak beramanah, 5 – Bersumpah membersihkan kesalahan yang dilakukannya.



TAHUKAH

HATI

Dalam diri setiap manusia ada seketul daging, iaitu hati. Menjaga hati bagi seseorang yang jahat lebih mudah dari memakan sebiji kismis, tetapi bagai orang yang baik, lebih sukar dari membina sebatang tembok sempadan negeri.



NOKTAH HIDUP

HARTA

Abdul seorang yang rajin bekerja. Dia telah mengumpulkan banyak harta dan wang. Allah mengurniakan kepadanya dan isterinya, dua anak lelaki. Seorang berpendidikan agama Islam dan yang seorang berpendidikan barat dan tidak mempelajari agama Islam.

Dia menolak permintaan anak pertama untuk mendirikan sebuah suarau di senuah kampung dengan wangnya, tetapi dia menerima permintaan anak keduanya untuk membina dewan dandut dan membiayai rakannya bertanding dalam pilihan raya .

Akibatnya, setelah isteri Abdul meninggal dunia, harta dan wang telah habis kerana perbuatan anaknya yang kedua. Pada ketika dia hampir nazak, anak pertamanya sedang membimbing dia mengucap dua kaliam syahadat, seseorang datang membawa surat perintah mahkamah, memanggil dia datang ke mahkamah atas tuntutan hutang oleh seseorang ke atas dirinya.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.