Thursday, December 24, 2009

ISU


UMNO


Sekarang kelihatan Parti Pakatan Rakyat, DAP dan PAS berkeadaan kuasa dan ahli – ahli dalam semua parti itu telah membuktikan nilai perpaduan yang tinggi dan di hadapan kita nampak pula ahli – ahli UMNO bergisiran sesama mereka.

Pergisiran tersebut berlegar di peringkat cawangan dan bahagian. Kelihatan pergisiran itu menonjol, ialah diantara golongan ketua cawangan, bahagian dan wakil rakyat dengan pihak mereka yang tidak terpilih menjadi ketua cawangan atau bahagian dan wakil rakyat.

Walaupun kita tidak boleh menerima bulat – bulat akan pokok pangkal yang menimbulkan pergirana itu, tetapi boleh ditereima secara tidak melepaskan perhatian, iaitu, disebabkan kemenangan individu – individu untuk mengetuai cawangan, bahagian dan menjdi wakil rakyat disebabkan ’wang’ dan ada hubungan pula dengan politik wang – rasuah.

Seorang anggota Pergerakan Pemuda di Pahang, misalnya, memberitahu, pihak mereka tidak boleh menang, kerana pihak lawan mereka menggunakan wang, hingga mebahagi-bahagikan wang itu dalam tandas.

Perekara lain yang menimbulkan pergisiran, berhubungan dengan ’habuan’, pemberian sesuatu habuan oleh wakil rakyat dan ketua cawangan dan bahagian tidak saksama atau pilih kasih.

Selain dari itu kesan dari pertukaran kepimpinan. Ada golongan pemuda UMNO di pihak ketuanya, Encik Khairi Jamaluddin, ada di pihak Dato’ Sri Mohd. Khir Toyo dan di pihak Dato’ Mokhriz Mahathir.

Demikian juga, hingga hari ini ada dua golongan yang besar da;lam UMNO, iaitu golongan yang memihak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan golongan yang memihak kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Isu Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin tidak berjawatan timbalan meneteri atau menteri menyababkan wujud pergisiran dalam parti politik orang Melayu itu.

Pergisiran demikian perlu dihapus agar UMNO berada dalam perpaduan yang kuasa untuk menghadapai pilihan raya umum akan datang.

Jika ahli UMNO tidak bersatu padu, bagaimana orang ramai hendak menyokong UMNO dan apa lagilah untuk memberi undi kepada calon – calon UMNO – Barisan Nasional, pilihan raya umum di muka.




PAKATAN RAKYAT


Pakatan Rakyat – Parti Keadilan Rakyat, DAP dan PAS sebuah organisasi besar dan lebih utuh berbandingan dengan Barisan Nasional pada masa ini. Mengikuti pendapat dan keyakinan orang ramai, terutama mereka dalam golongan ilmuan dan intelektual, bahawa pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan dapat memerinta negara ini dan kebanyakan negeri.

Pada masa ini Organisasi besar dan utuh itu, boleh kita sifatkan sebagai seorang lelaki berpoligami. Semua isteri setujud dan bermaufakat, tetapi masing – masing mempunyai hala tuju dan citarasa yang berbeza.

Semua isteri mementingkan suami mereka.Mereka juga mahu suami mengikut cita rasa masing; sama ada rumah, kereta dan sebagainya.

PAS akan terus berjung untuk menegakkan ’Negara Islam’ di Malaysia, Jika ia tidak meneruskan atau memnbatalkan cita – cita perjuangan itu, maka sebikangan besar ahlinya akan meninggalkannya dan parti politik itu dianggap lari dari cita – cita perjuangan asalnya sejak tahun 1951.

Parti Keadiklan Rakyat yang saya nampak, tetapi kurang jelas, adalah sebuan parti politik bercorak nasional sepertri UMNO juga, tetapi poegangannya ada bayangan sosio – demokrasi. Maknanya mengamalkan corak atau sistem sosialis seper beberapa buah negara di dunia, termasuk negara kecil, Singapura.

DAP terus mengamalkjan sosio – demokrasi seperti Singapura. Penerusan itu, selain dari DAP adalah adik terpisah dari abang – PAP Singapura - , kesemua ahlinya (kecuali Melayu) mempunyai pandangan ke arah kebangsaan yang besar dan tidak wujud ketuanan atau ’king of tha king’ dana’ lord of the lord’.

Kecuali mengenai agama dan akidah, DAP, PKR dan PAS boleh bekerjasama dalam bidang amalan kehdiupan dan kemasyarakatan.Tetapi PAS tidak sempurna perasaannya dalam kerjasama demikian, selagi perundangan tidak diwujud dan diamalkan.

Dalam isu inilah DAP dan patut benar menerima cita – cita poerjuangan PAS untuk menubuhkan ’Negara Islam’ – negara keredaan Allah - , baldatun tayyibah wa Rabbun ghapur (Negara bertuah dan Allah Maha pengampun).

Dalam negara Islam, semua rakyat dari berbagai keturunan dan menganut berlainan agama akan mendapat hak yang sama, kecuali dalam perkara – perkara yang dituntut oleh agama Islam.

Jika Parti Keadikan Rakyat dan DAP sedia menerima caita – cita perjuangan PAS (tidak ambil kira pandangan individu, Karpal Sing), maka, masalah besar tidak ada lagi.

Setelah pilihan raya umumn akan datang akan dapat dibentuk ’Negara Islam’ Islam dan dalam ASEAN akan wujud sebuah ’negara keredaan Allah’.



AGAMA ISLAM DAN MEDIA


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia –JAKIM dan semua Jabatan Agama Islam dan Adat istiadat Melayu dalam setiap negeri bepegang teguh kepada ajaran Quran dan Hadis Nabi Muhammd s.a.w., tetapi semua isntitisu Islam itu kelihatan ’kalah’ dan seperti gagal men ghadapi semua institusi media yang berbeza dengan mereka.

Dalam Quran dan Hadis Nabi Muhammad s.a.w. secara terang melarang wanita Islam mendedahkan aurat. Banyak khutbah Jumaat menasihatkan wanita – wanita Islam agar menutup aurat. Para alim ulama kerajaan dan diluar kerajaan sering memperkatakan hal yang demikian.

Malangnya, kita melihat seolah – olah Kementerian Penerangan dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri seolah – olah membiarkan media, tv, filem, vedio, surat khabar, majalah dan sebagainya,’ berperang’ dengan institusi – institusi agama Islam dan para ulama.

Saba waktu kita menonton televisyen dan menatap suratr khabar dan majalah, sama adsa suka atau tidak suka -, tertayang atau terpampang tubuh – tubuh wanita yang terdedah sepatuh dada dan buah dada, peha dan pusat.

Manakala drama – drama Melayu telah terdapat pelakon – pelakon lelaki mencium dagi, ubun- ubun dan tangan wanita yang menjadi pasangan berlakon. wanita mencium dahi wanita.

Kelamahan Kementerian Penerangan dan Kemenrerian Dalam negeri mengawal dan membimbing media dalam perkaraa yang berlawanan dengan agama Islam, adalah menjadi salah satu daripada banyak sebab umat Islam di seluruh negara ini memandang serong kepada UMNO – Barisan Nasional. – Mokhtar Petah

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.