30 pasangan mengaku khalwat kena denda
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
KOTA BHARU: Seramai 30 pasangan, termasuk 15 pasangan muda didenda antara RM300 hingga RM1,000 seorang oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam selepas mengaku bersalah berkhalwat.
Mereka yang berusia antara 15 hingga 44 tahun itu mengaku bersalah terhadap tuduhan berkhalwat dalam prosiding di hadapan Hakim Syarie, Nik Najib Che Hasan, manakala pendakwaan oleh Pendakwa Syarie, Farazeila Mat Soud. Semua tertuduh tidak diwakili peguam.
Mereka termasuk pelajar, buruh, penuntut kolej, kakitangan kerajaan dan swasta, peniaga serta duda dan ibu tunggal di pelbagai lokasi mulai tengah malam hingga awal pagi.
Semua pasangan terbabit ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHAEIK) menerusi operasi di sekitar bandar sepanjang bulan ini.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1)(2) Kanun Acara Jenayah Syariah Kelantan No 2/1985 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum sehingga RM2,000 atau setahun penjara atau kedua-dua sekali.
Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan, ada antara pasangan itu ditahan ketika berbogel bersama pasangan mereka dalam bilik hotel yang diserbu.
Berikutan pengakuan bersalah mereka, beberapa remaja yang didenda antara RM300 hingga RM350 seorang terpaksa mendapatkan bantuan dan jaminan ibu bapa masing-masing untuk membayar denda bagi mengelak daripada merengkok dalam penjara.
Menjelang petang semalam, semua tertuduh membayar denda yang dikenakan terhadap mereka.
(Berita ini diambil dari Berita Harian Online,29 Disember 2009)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.