Rakan sahkan nikah pelakon, Bung Moktar tak mengaku
Bung Moktar Radin |
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin disahkan sudah bernikah dengan pelakon terkenal, Zizie Izette dipercayai pada minggu lalu.
Walaupun Bung Moktar enggan mengesahkan perkahwinannya itu, rakan karibnya, Datuk Mohamad Aziz yang juga Ahli Parlimen Sri Gading, semalam mengesahkan pernikahan mereka.
"Dah selamat...saya doakan beliau bahagia. Saya sempat berpesan kepada Bung Moktar jangan berahsia lagi... biar semua kawan tahu kerana ucapan tahniah adalah doa," katanya ketika dihubungi semalam.
Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya, menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan sudah bernikah dengan Zizie dan majlis resepsi diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.
Bagaimanapun, Bung Moktar ketika dihubungi enggan mengesahkan perkara itu tetapi berjanji memaklumkan mengenai perkara itu apabila tiba masanya kelak.
Bung Moktar dan Zizie Izette
"Ini bukan masa terbaik membuat komen. Saya perlu menjaga hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai sesiapa," katanya.
Zizie Izette |
Beliau juga berkata, khabar angin yang beliau mengahwini Zizie, 31, di sebuah hotel lima bintang malam kelmarin adalah tidak benar.
Ketika ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak kelmarin, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan.
"Saya mempunyai kerja di sana... sangat mustahak. Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Datuk Seri Nazri Aziz)," katanya.
Beliau turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk mengubah gaya rambutnya.
"Ramai kawan-kawan yang mewarnakan rambut... mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi," katanya.
(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 18 Disember 2009)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.