KULIT JADI SAKSI
Dan pada masa kalian berselindung (pada waktu – waktu melakukan dosa di dunia dahulu) bukankah kaliam bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit - kulit tubuh kalian menjadi saksi terhadap perbuatan – perbuatan kalian yang berdosa itu, akan tetapi kerana kalian menyangka (disebabkan jahil) bahawa Allah tidak mengetahui akan kebanyakan dosa yang kalian lakukan ( secara bersembunyi) – Fussilat: 22.
HADIS
TANGAN KIRI
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. bersabda: Jangan seseorang di kalangan orang (Islam) makan makanan dengan tangan kirinya dan jangan minum dengannya (tangan kiri), sebab, sesunguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan minumpun dengan tangan kiri.
Perawi: Imam Muslim
PETUA
IBU MERTUA
Jika ibu mertua anda yang masih muda dan janda tinggal sekeluarga dengan anda, jangan anda melakukan kemesraan dengan isteri anda di hadapannya, bilik tidurnya jauhkan dari bilik anda dan anda elak dari bercakap yang diluar batasan sebagai ibu dan anak, kerana syaitan aktif mempengaruhi perempuan muda dan janda.
TAHUKAH?
DUTA
Kebanyakan orang politik (politikus) yang tidak berpengetahuan diplomatik (berijazah pegawai tadbir dan diplomatik), di hantar oleh negaranya menjadi duta di sesebuah negara, tidak dapat tidak sang politikus itu ada melakukan kesalahan yang hendak dilindungkan oleh kawan - kawannya yang berkuasa dalam kerajaan atau pemerintah itu.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.