Sunday, November 1, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

BERCAKAP TEGAS

Hai isteri - isteri Nabi (Muhammad s.a.w.), kalian tidak seperti perempuan - perempuan (yang lain). Jika kalian takut (kepada Allah), janganlah kalian bercakap lemah lembut (bercakap manja dengan orang lelaki lain, sebaliknya mesti bercakap dengan tegas) , nanti timbul keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya. Dan bercakaplah dengan perkataan yang betul (tegas).


HADIS

MUSAFIR BERSENDIRIAN

Tidak halal bagi seseorang perempuan yang beriman dengan Allah dan hari akhirat keluar bermusafir selama sehari semalam (24 jam) kecuali dengan mahramnya.
- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim


PETUA

JIRAN

Jaka anda tinggal berjiran dengan orang Islam, hendaklah anda menyesuaikan diri anda dengan cara hidup Islam. Jika anda berjiran dengan orang yang tidak beragama Islam, buatlah secara rela kepada mereka cara hidup Islam - rajin beribadat, berakhlak mulia dan menghormati orang lain - , dan berusahalah agar mereka tertarik kepada agama Islam.

TAHUKAH?

PILIKUS

Pada umumnya politikus yang tidak berpegang kuat kepada ajaran Islam, menggunakan politik untuk berkuasa dan membina gedung kemewahan diri sendiri dan membiarkan rakyat dalam keadaan meminta - minta dan berharap kepada mereka sepanjang hidup.





No comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.