BANGSA, TANAH AIR DAN BUDAYA
Pada 12 - 16 Oktober 2009 lalu saya berada di Bandaraya Ulaanbaatar, Mongolia. Saya telah menimba banyak pengetahuan, terutama sejarah, kebudayaan, politik dan kemanusiaan. Mengaut banyak pengalaman. Mengaduan banyak rasa kesedaran dan muhibah. Semua orang Mongolia diajar ilmu sejarah negara dan wira - wira mereka, Chinggis Khah sejak di bangku sekolah rendah. Kanak- kanak diwajibkan belkajar ilmu pertahankan diri ala orang Mongolia kuno. Pertahan dan cintakan kebudayaan. Cintakan tanah air dan tidak rela berkongsi kuasa dengan bukan orang Mongolia atas tanah air mereka.
Orang tua, Sheh Khas, 99 tahun bersama isterinya dalam sebuah musium sejarah telah menjelaskan kepada saya perkara tersebut.
Bersama Shen Khan, 99 tahun
Bersama Shen Khan dan isterinya.
Rakyat Mongolia yang lebih 2.6 juta - 1 juta tinggal dalam Bandaraya Ulaanbaatar, melihat negara mereka jauh ke hadapan, 1,000 hingg beberapa ribu tahun lagi anak cucu mereka tidak akan merempat di bumi sendiri.
Kini Mongolia sebuah negara demokrasi. Perpaduan rakyat yang menganut berbagai agama - Budha, Islam dan Kristian serta fahamam komunis dan lain amat kukuh.
Umat Islam Monmgolia memohon umat Islam Malaysia mewujudkan sekolah menengah yang boleh melayakkan putera dan puteri mereka melanjutkan pelajaran ke kolej dan universiti Islam di Malaysia.
Sesiapa yang berminat menubuhkan sekolah Islam di sana, sila hubungi saya: mokhtarpetah@hotmail.com.
|
|
|
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.