YANG di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengiringi Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono bersama isteri, Kristiani Merawati pada majlis sambutan rasmi di dataran Parlimen, petang ini. - Foto Rosdan Wahid.
----------------
Pelajar kita di Australia dibelasah penyamun
Oleh Hardi Effendi Yaacob dan Suhana Roslan
bhnews@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Hawthorn, Melbourne dibelasah hingga pengsan sebelum dilarikan dan ditinggalkan di sebuah rumah kosong dengan kedua-dua tangannya diikat menggunakan kawat duri dalam kejadian samun berhampiran rumah sewanya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari, Wan Hana Syafiqah Modin (gambar), 19, pelajar tahun pertama Sains Kesihatan Sosial di Swinburne University of Technology (SUT), dikatakan berjalan berseorangan ke kampusnya apabila dihampiri seorang lelaki sambil mengacukan senjata tajam dari belakang.
Mangsa dari Taman Setiawangsa di sini, kemudian dipaksa memasuki sebuah kereta yang dinaiki tiga penjenayah lain, dan dipukul hingga pengsan.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk blog ini.
Harap Maaf juga kerana penulis tidak dapat membalas comment anda atas sebab2 tertentu.
Komen, Ulasan,dan Idea anda amat dihargai.
Sekian.